Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Wednesday, August 19, 2015
PAS Kota Raja Berkemungkinan Besar Terkubur… Kelas Kau Mariah!
PAS Kawasan Kota Raja
lumpuh, itulah jangkaan awal penulis bila mengetahui individu-individu
yang bertindak keluar dari PAS bersama Ahli Parlimen Kota Raja itu.
Nama-nama seperti Jaafar Samsuddin (YDP
PAS Kota Raja), Norhalim Sirome (Timb. YDP PAS Kota Raja), dan Sdr
Izham, selain Dr. Mariah sendiri, adalah watak-watak utama dalam
memperkasakan jentera PAS di parlimen Kota Raja. Justeru itu, tindakan
untuk mufarakah dari PAS tentunya akan memberi impak yang besar ke atas
pengaruh parti itu di kalangan rakyat.
Pada PRU 13 yang lalu, calon PAS memenangi Parlimen Kota Raja dengan majoriti 29,792 undi.
Dari aspek jentera pula, peletakan
jawatan secara besar-besaran ini bakal menyebabkan kira-kira 38 cawangan
PAS yang aktif berkubur akibat dari penyertaan ketua-ketua cawangan
beserta ahli jawatankuasanya menyertai parti baru yang sedang diusahakan
oleh Gerakan Harapan Baru.
Tidak mustahil PAS Kota Raja bakal lumpuh!
Wakil GHB pusat, Anwar Tahir berkata, GHB
tidak mahu hudud dijadikan isu politik yang boleh memecahbelahkan kaum,
negara dan agama di negara ini. Tambahnya lagi, hudud hanyalah
sebahagian dari syariat dan ianya bukanlah isu utama yang harus
dibicarakan.
Sementara Mariah berkata, beliau masih
berstatus ahli PAS sehinggalah parti baru disahkan pendaftarannya kelak.
Menurut Mariah juga, beliau tidak mengkhianati amanah rakyat kerana
sokongan yang rakyat berikan adalah kepada Pakatan, dan bukannya khusus
kepada PAS.
Kelas kau Mariah!
Selepas Kota Raja, PAS kawasan Kelana Jaya dan Shah Alam dikhabarkan bakal mengikuti jejak yang sama.
Jika dilihat senario terbaru ini,
mana-mana parti politik tentu sahaja akan terkesan dengan polemik
berkenaan. Namun, PAS yang dipimpin oleh Hadi Awang nampaknya
seolah-olah bersyukur dengan apa yang berlaku. Alasannya, ia merupakan
“sesi pembersihan” di dalam PAS dari golongan-golongan pro Anwar dan
DAP.
Tentunya seronok untuk Mat Sabu dan
rakan-rakannya, kerana masih berstatus ahli PAS dan terus-terusan
mempunyai “direct access” untuk mempengaruhi ahli PAS yang lain.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment