Wednesday, August 19, 2015

Anwar Ibrahim Perlu Sedar Beliau Banduan Bukan Tahanan Politik

Dakwaan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa kerajaan mendera keluarganya kerana menghalang anaknya berjumpa beliau sangat tidak masuk akal dan bersifat kebudak-budakkan.

Anwar Ibrahim perlu sedar bahawa sekarang ini beliau ialah seorang banduan yang telah didapati bersalah kerana meliwat pegawainya dan sekarang menjalani hukuman penjara; bukannya seorang tahanan politik atau individu biasa yang bebas berjumpa dan bertemu sesiapa sahaja.

Anwar boleh memainkan emosi pengikutnya dengan mendakwa kerajaan mendera (abuse) keluarganya. Namun hakikatnya, beliau mendapat pelbagai keistimewaan termasuk satu-satunya banduan yang bebas membuat kenyataan media dan sekali sekala masih “boleh keluar” penjara atas alasan ada kes di Mahkamah.

Sebagai banduan Anwar perlu mengikut peraturan penjara bukannya sesuka hati mengaturkan pertemuan dan perjumpaan seolah-olah beliau sedang bercuti. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment