Wednesday, August 19, 2015

Lebih Banyak Serpihan MH370 Bantu Kenal Pasti Tempat Pesawat Bersemadi – Kata Pakar

19 Ogos 2015, Kuala Lumpur : Seorang pakar penerbangan berkata tempat bersemadinya Penerbangan MH370 di dasar laut yang luas di Lautan Hindi dapat dikenal pasti jika banyak lagi serpihan pesawat Malaysia Airlines itu ditemui.
http://img.bulawayo24.com/articles/Malaysia-Airlines-Missing-Flight-MH370-Could-Be-in-Gulf-of-Thailand.jpg
Ketua Penyelidikan dan Inovasi Pesawat Universti Kuala Lumpur, Prof Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian menjelaskan tentang mengapa lebih banyak serpihan dicari selepas flaperon yang dijumpai di Pulau Reunion milik Perancis itu disahkan dari pesawat malang itu.

Beliau berkata sisa-sisa marin biasanya akan terperangkap dalam bangkai pesawat.

Serpihan bangkai yang terdampar di pulau tersebut akan membawa sisa-sisa dan ini boleh dianalisis, kata beliau kepada Bernama.

“Hasil Analisis Ekosistem Marin, dengan membandingkan sampel dan data marin yang direkodkan, para saintis dapat mengenal pasti dari mana sisa itu berasal,” kata Mohd Harridon.

“Susulan lebih banyak serpihan dijumpai, para saintis mempunyai lebih banyak data dan lebih banyak data membolehkan saintis membuat analisis dengan lebih tepat,” katanya.

Mohd Harridon berkata: “Kawasan-kawasan di lautan boleh diklasifikasikan mengikut ekosistem marin. Justeru, sisa-sisa yang ditemui boleh menunjukkan arah laluan serpihan yang ditemui ketika terdampar di pantai.”

MH370 yang membawa 239 orang hilang daripada imbasan radar semasa dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac, 2014.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment