Wednesday, August 19, 2015
RM 200 Juta Ini Tun M Dapat Dari Mana, Derma Ke?
EDITOR MENULIS...
19 OGOS 2015
Kita semua sudah tahu ketika Tun
Mahathir meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO pada 2003, sejumlah
tunai RM 200 juta diserahkan kepada penggantinya, Paklah atas arahannya.
Kenapa perlu serah, kenapa tak masuk akaun parti (boleh pulak tak
masuk akaun parti), masih belum ada di kalangan penyembahnya yang berani
menjawab.
Hari ini saya terpanggil untuk bertanya satu tanya soalan baru –
dari mana RM 200 juta ini datang? Adakah Tun M menyimpan dari kecil,
menabung dalam tabung buluh atau bagaimana? Banyak duit tu.
Soalan ini ada relevan dengan derma
politik RM 2.6 billion yang Datuk Seri Najib Tun Razak terima pada tahun
2013 yang lepas – isu yang masih menjadi topik ucapan Tun M di
mana-mana dia pergi, termasuk paling baru ketika memberi syarahan di
Universiti Petronas.
Paling tidak dalam soal RM 2.6 billion
ini, kita sudah tahu asal usulnya bukan sumber haram. Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pun sudah mengetahui identiti
penderma-penderma yang mendermakan wang tersebut kepada Najib. Tinggal
lagi kerana tidak ada undang-undang khusus mengenai isu ini, SPRM tidak
boleh mendedahkan identiti penderma tersebut.
Tapi yang penting, SPRM tahu.
Persoalannya sekarang, bagaimana pula
dengan tunai RM 200 juta yang diserahkan Tun M kepada Paklah pada tahun
2003? Tidakkah Tun M mahu asal usul wang ini juga disiasat – dah
alang-alang isu sumbangan politik ini menjadi penting kepada Tun M
sekarang?
Ahli UMNO patut lebih bimbang dengan
wang RM 200 juta yang diserahkan Tun M kepada Paklah ini kerana asal
usulnya tidak diketahui. Kalau datang dari sumbangan tauke judi macam
mana?
Jadi sebelum mengatakan Najib, sila
jelaskan asal usul wang ini. Terjawab asal usul wang ini, maka terjawab
jugalah persoalan kenapa Najib juga menerima sumbangan politik (bukan
duit 1MDB). Soal jumlah tu tak kisahlah, nilai RM 200 juta 12 tahun
yang dulu tak sama dengan sekarang.
Bersama-samalah kita fikirkan ya...
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment