Wednesday, August 19, 2015

PAS Parlimen Kota Raja Bakal Bubar Petang Ini?

19 Ogos 2015, Kuala Lumpur : Menurut sumber, satu sidang media oleh PAS Kawasan Kota Raja akan dibuat pada jam 5 petang ini bertempat di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Raja.
harapan baru multi
Saya difahamkan ianya berkaitan dengan keluar parti yang menyertai Gerakan Harapan Baru. 

Perletakan jawatan secara berjemaah ini juga dikhabarkan bakal menyaksikan  pembubaran 9 cawangan PAS, dan 22 cawangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Jika perkara ini benar, ia merupakan tamparan yang hebat untuk PAS kerana Parlimen Kota Raja menyaksikan majoriti kemenangan paling besar oleh Ahli Parlimen PAS, dengan 29,792 undi.

Sementara itu, PAS Kawasan Kelana Jaya dikhabarkan bakal mengikut langkah yang sama.

Sama-sama kita nantikan kebenarannya petang ini.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment