Wednesday, August 19, 2015

Shahrir : Adakah Dr Mahathir Masih Relevan?

Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) hari ini mempersoalkan sama ada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed masih relevan untuk memberi pandangannya.
http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/08/shahrirmahathir.jpg
“Adakah beliau (masih) relevan?” soal Pengerusinya Tan Sri Shahrir Abdul Samad kepada pemberita dalam sidang media di bangunan Parlimen petang ini.

Beliau yang juga ahli parlimen Johor Bharu mengulas tindakan Dr Mahathir yang dilihat begitu lantang mengkritik kepimpinan sedia ada.

Menurut Shahir lagi, beliau percaya kritikan atau sokongan Dr Mahathir terhadap BN tidak membawa sebarang perbezaan terhadap prestasi parti itu baik semasa mahu pun selepas pilihan raya.

Katanya, prestasi BN pada pilihan raya umum 2008 merosot kerana negarawan itu dilihat begitu rancak mengkritik perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika itu.

Kata Shahrir, jumlah undi BN pada 2013 juga merosot walaupun Dr Mahathir berkempen untuk BN.

“Saya berikan fakta-fakta ini. Kita harus meletakkan perkara ini menurut perspektifnya,” katanya lagi.

Mengulas penerimaan rakyat berhubung kontroversi 1MDB, Shahrir berkata beliau yakin orang ramai menerima baik usaha kerajaan memberi penjelasan mengenainya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment