Monday, August 17, 2015
PAS Tak Mengaku Terlibat Gulingkan Kerajaan
Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hari ini tampil
menjelaskan bahawa tiada ahli Parlimen mahupun Ahli Dewan Undangan
Negeri komponen Pas terlibat dengan rancangan menggulingkan kerajaan
Nik Abduh berkata, Pas sama sekali tidak terlibat dengan agenda mahu
menjatuhkan kerajaan, mahu pun dipinang oleh pihak terbabit untuk
menggulingkan kerajaan.
Jelas Nik Abduh, agenda ini hanya membabitkan pemimpin pembangkang yang lain serta pemimpin Barisan Nasional (BN).
"Kami setakat ini tidak terlibat. Saya dan kawan-kawan ahli Parlimen Pas
tidak 'dipinang' apa-apa. Itu urusan Umno, kita tengok saja bagaimana
mereka selesaikan isu tersebut," kata Nik Abduh.
Nik Abduh berkata, buat masa ini pihaknya enggan mencampuri agenda yang
mengganggu parti lain, dan hanya mahu memberi fokus kepada parti Islam
itu yang dilihat kian berpecah ekoran penubuhan parti Gerakan Harapan
Baharu (GHB) oleh bekas pemimpin Pas.
Menurut Nik Abduh, dengan penubuhan parti baharu oleh bekas pemimpin Pas
telah menyebabkan rakyat merasakan Pas sebagai sebuah parti yang lemah,
oleh itu, beliau menyarankan ahlinya untuk bekerja keras membuktikan
kembali kepada rakyat bahawa Pas sebuah parti harapan rakyat..
"Kita mahu ahli Pas terus komited dengan parti. Kita semua tahu ada ahli
yang dikacau dari dalam dan isu dalaman ini susah untuk diselesaikan.
"Dalam keadaan sekarang, sebuah parti tidak dapat jadi harapan rakyat
jika asyik berbalah. Jadi komitmen kita, kena kuatkan diri sehingga
rakyat yakin kita sudah pulih daripada krisis ini," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment