Monday, August 17, 2015
KJ Nak Tahu Siapa Dalang Gulingkan Kerajaan
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini menggesa Timbalan Perdana
Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan identiti pemimpin
Umno yang bergabung dengan pemimpin pembangkang untuk menggulingkan
kerajaan.
Khairy berkata, beliau mahu Zahid segera mendedahkan indentiti pemimpin
Umno tersebut kerana ia merupakan satu rancangan yang jahat dan tindakan
segera perlu diambil bagi menghalang rancangan tersebut.
Jelasnya, rancangan menggulingkan kerajaan menggunakan jalan belakang
bukanlah satu budaya yang baik, tambahan lagi ia merupakan rancangan
bersama pemimpin pembangkang.
Justeru itu, Khairy mahu pendedahan itu perlu dibuat dengan kadar segera
kerana takut namanya juga akan dikaitkan dengan komplot terbabit.
"Kita perlu tahu siapa individu tersebut lebih-lebih lagi ia melibatkan
individu dalam Umno yang dikatakan hendak menggulingkan kerajaan dengan
cara tidak sah.
"Cubaan itu dikaitkan dengan ahli Perlimen dan selaku ahli Parlimen saya
juga ingin tahu siapakah individu tersebut supaya langkah berjaga-jaga
dapat diambil agar saya tidak dikaitkan dengannya," kata Khairy selepas
merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Bukit Katil di Melaka.
Sabtu lalu, Zahid mendedahkan wujudnya konspirasi antara Ahli Parlimen
Barisan Nasional (BN) dan Umno yang menandatangani Aku Janji untuk
jatuhkan Najib.
Zahid turut mendedahkan pemimpin Umno yang merancang bersama pemimpin
pembangkang untuk menggulingkan kerajaan dengan mengatakan pemimpin
tersebut akan bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada
petang Ahad.
"Maklumat yang saya dapat ini sahih, bukan maklumat tepi jalan dan
maklumat ini saya peroleh daripada orang yang hadir mesyuarat itu
sendiri," kata Zahid.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment