Monday, August 17, 2015

Ini Rupanya JEBON Dalam UMNO... Patut Laa..

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mendedahkan pemimpin Umno yang terlibat dalam komplot menggulingkan kerajaan dengan kerjasama pemimpin pembangkang, ialah pemimpin yang telah bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada petang Ahad.

Zahid berkata, beliau tahu mengenai pemimpin Umno tersebut berdasarkan maklumat yang diterima oleh orang dalam yang tahu pergerakan komplot ini dan bukannya dari tepi jalan.

"Maklumat yang saya dapat ini sahih, bukan maklumat tepi jalan dan maklumat ini saya peroleh daripada orang yang hadir mesyuarat itu sendiri," kata Zahid

Menurut Zahid, beliau mendedahkan perkara ini demi menjaga hubungan parti kerana apa yang dilaporkan kepadanya sudah terdapat beberapa pemimpin BN telah menandatangani Aku Janji untuk menjatuhkan Najib.

Zahid berkata, walaupun komplot ini mahu menjatuhkan perdana menteri bukannya kerajaan, tetapi ianya perlu dicegah kerana main ikut belakang bukanlah budaya kita.

"Kalau saya tak timbulkan perkara ini daripada sekarang, mungkin lebih ramai ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) telah dibeli dengan penandatanganan Aku Janji itu.

"Kononnya komplot ini untuk jatuhkan PM. Kita anggap PM adalah satu institusi yang harus dihormati. Apabila saya dedahkan perkara ini kenapa individu berkenaan perlu takut," ujarnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment