Wednesday, August 19, 2015
Pelajar Maut Jatuh Bangunan Selepas Selisih Faham Dengan Keluarga
KUALA LUMPUR : Seorang pelajar perempuan kolej swasta berusia 18 tahun
maut apabila terjatuh dari tingkat 14 Flat Pelangi Magna, Kepong, di
sini Selasa.
Ketua Polis Daerah Sentul, R. Munusamy berkata dalam kejadian pukul 3.12
petang itu, pelajar berkenaan dikatakan pergi ke bangunan tersebut
selepas berlaku perselisihan faham dengan ahli keluarganya.
"Mangsa masih hidup selepas jatuh dari bangunan itu dan dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan.
"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira 30 minit
selepas tiba di hospital itu akibat cedera parah di kepala," katanya
ketika dihubungi.
Beliau berkata tiada unsur jenayah dalam insiden itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment