Thursday, August 20, 2015
Pembangkang Terus Main Putar Politik… Takut Isytihar Sumber Dana Politik Mereka
20 Ogos 2015, Kuala Lumpur : Ahli Parlimen Pendang, Datuk Wira Othman
Abdul berkata bahawa kenyataan Rafizi Ramli yang meminta agar segala
perbincangan berhubung isu dana politik diboikot memperlihatkan bahawa
pembangkang sebenarnya tidak berani untuk mengiystiharkan dana politik
yang diperolehi mereka.
Menurut beliau, sekiranya PKR dan Dap memperolehi dana politik
daripada sumber yang tidak bercanggah dengan undang-undang mereka sudah
pasti tidak berdolak dalik untuk mendedahkan sumber dana politik mereka
itu.
“Bagi saya pihak pembangkang sebenarnya tak berani nak isytihar
daripada mana sumber dana politik mereka itu. Ini memandangkan wujudnya
kemungkinan bahawa banyak dana yang diterima itu adalah dari
negara-negara luar yang mempunyai agenda tertentu untuk merosakkan
pemerintahan negara kita ini.
“Sebab itu kita lihat banyak kepimpinan pembangkang cuba berdolak
dalik berhubung soal dana politik ini. Sejak dari awal lagi PM kita
sudah minta agar satu akta diwujudkan yang mewajibkan parti politik
mengiystiharkan dana politik mereka, tetapi DAP dan PKR tidak bersetuju.
“Baru-baru ini, pembangkang membuat kenyataan mereka bersetuju namun
bagi saya kenyataan tersebut hanyalah satu gimik saja untuk
memperlihatkan kononnya dana yang mereka perolehi itu telus dan bukan
dari sumber luar yang diragui dan dicurigai.
“Mereka kini cuba berdolak dalik dalam hal itu dan kenyataan Rafizi
cukup untuk membuktikan bahawa mereka sebenarnya tak berani nak isytihar
dari mana dana politik mereka diperolehi,” jelasnya kepada UMNO-Online
di sini hari ini.
Kata Osman, UMNO sebenarnya terbuka untuk mendedahkan dana politik
mereka di mana presiden UMNO sendiri telah mencadangkan agar akta
mewajibkan deklarasi dana politik terhadap semua parti politik di negara
ini.
“Biarpun isu dana politik hari ini menjadi modal pembangkang untuk
mengkritik UMNO, namun sebenarnya UMNO bersikap terbuka dalam hal ini.
Buktinya ialah apabila Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia,
Datuk Seri Najib sendiri yang mencadangkan agar diwujudkan akta yang
mewajibkan parti politik di Malaysia dedahkan sumber dana yang mereka
perolehi,” ujarnya.
Namun jelas beliau, Dap dan PKR merupakan parti politik yang paling
lantang menolak sebarang kewujudkan akta berhubung perkara tersebut
sebaik saja ia dicadangkan oleh Datuk Seri Najib.
“Sudah pasti ada sebab mengapa mereka tidak mahu mendedahkan dari
mana sumber dana yang mereka perolehi. Jika dana itu diperolehi dari
sumber yang betul dan tidak bercanggah dengan undang-undang, ,masakan
mereka begitu takut untuk mendedahkannya kepada umum.
“Jadi dalam hal ini, UMNO sememangnya sudah bersedia untuk
mendedahkan dari mana datangnya dana yang membiayai pergerakan politik
parti selama ini. Cuma yang takut ialah pihak pembangkang seperti Dap
dan PKR kerana bimbang rakyat akan mengetahui sumber dari manakah yang
membiayai pergerakan politik mereka selama ini yang saya kira boleh
menjejaskan kredibiliti dan kepercayaan rakyat terhadap mereka,”
tegasnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment