Thursday, August 20, 2015
Fokus Kepada Perjuangan Parti, Jangan Terikut Dengan Permainan Pembangkang
20 Ogos 2015, Kuala Lumpur : “Bulat air kerana pembetung, bulat kata
kerana muafakat’ perlulah dipahat di dalam minda setiap ahli parti
supaya kelangsungan parti tetap terpelihara, saran Exco Pergerakan
Puteri UMNO Malaysia, Mimie Harianie Alias.
Sehubungan itu, tambah beliau lagi setiap ahli UMNO perlulah fokus
kepada perjuangan parti dengan merapatkan barisan dan memperkukuhkan
perpaduan supaya tiada anasir-anasir yang boleh mengganggu-gugatnya
daripada bertapak di dalam parti.
“Kita tidak perlu terikut dengan rentak pembangkang yang tiada jalan
penyelesaian, yang sentiasa berusaha membina pelbagai persepsi negatif,
tidak lain dan tidak bukan hendak melemahkan parti kita dan sudah pasti
mereka juga akan ‘bertepuk tangan’ apabila melihat ahli-ahli UMNO
berpecah.
“Dan yang penting, kita jangan terikut permainan pembangkang yang
sering memanipulasi isu demi isu bahkan lebih teruk lagi, kita tidak
perlu turut sama menjadi ejen tidak rasmi mereka yang sentiasa mencari
kesalahan parti keramat ini,” katanya kepada UMNO-Online.
Menurut beliau lagi, sebenarnya pembangkang iri hati atas kesepakatan
sesama komponen Barisan Nasional (BN), bukan seperti mereka yang sampai
sekarang tidak berani bergabung secara sah kerana masing-masing tidak
yakin dan kurang kepercayaan sama sendiri.
Bahkan tanpa segan silu memutuskan hubungan dengan rakan sekutu
umpama ‘habis madu sepah dibuang’, malahan hingga ke tahap menfitnah
demi mendapat jawatan seperti yang pernah terjadi kepada bekas Menteri
Besar Selangor Khalid Ibrahim, tambahnya lagi.
“Justeru itu, setiap ahli kini perlu juga fokus mengatur strategi
bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang tidak lama lagi
kira-kira tiga tahun sahaja lagi.
“Zaman sekarang, cabaran yang dihadapi lebih hebat daripada sebelum
ini dan sudah semestinya corak strategi dan corak kempen juga turut
bertukar dan perlu lebih kehadapan supaya mengikut arus kini.
“Begitu juga dengan program-program yang dianjurkan perlulah lebih
menyentuh kepada rakyat dan bukannya program ‘syok sendiri’,” ujar
Timbalan Pengerusi Biro Teknologi Maklumat dan Media Sosial, Pergerakan
Puteri UMNO Malaysia itu.
Selama ini fokus parti kita berkhidmat kepada rakyat dengan sebaiknya
serta terbukti telah berjaya mentadbir dan mengurus negara dengan penuh
bertanggungjawab, tambahnya lagi.
Beliau turut berpandangan, gunakanlah kepercayaan rakyat yang memilih
BN mentadbir negara dengan sebaik-baiknya dan ini juga merupakan hasil
kerjasama dan kesepaduan antara pemimpin dan ahli di akar umbi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment