Thursday, August 20, 2015
DEIG & Dana RM 7.6 Billion: Kenapa PKR Membisu, Ada “Saham”kah?
EDITOR MENULIS...
20 OGOS 2015
Azmin Ali mungkin tidak mahu menjadi
dirinya beberapa hari ini bila dia menjadi sasaran serangan dan ulasan
(yang mengundang serangan) dari sekutu dan anggota pentadbirannya
sendiri berhubung pelbagai isu di Selangor seperti yang melibatkan Darul
Ehsan Investment Group (DEIG) dan ‘kehilangan’ dana penstrukturan air
sebanyak RM 7.6 billion.
Itu dalam dewan, yang di luar dewan,
Exconya pulak dari PAS buat kenyataan kurang bijak iaitu bila mengaku
kerajaan persekutuan membantu ‘top-up’ air di Selangor melalui Negeri
Sembilan – tak tahulah orang Negeri Sembilan redha atau tidak dengan
bantuan ini. Apa pun, ia adalah tanggungjawab kerajaan negeri untuk
memastikan punca air di negeri itu cukup, bila bantuan luar diminta,
situ saja dah terbukti gagal.
Amalan politik pembangkang yang biasa
ialah kalau gagal pun jangan mengaku gagal, datang orang PAS, pergi
mengaku pulak. Tercemar imej dah. Tengok macam DAP di Pulau Pinang. ia
adalah kelulusan dari kerajaan negeri untuk menutup jalan, tapi bila
jem teruk, selamba kera Ketua Menterinya salahkan JKR/kontraktor dan
tunjuk dia macam hero, mengakunya tak sekali.
Dalam isu DEIG ini, UMNO dan ADUN Bebas
dari Pelabuhan Klang juga bersuara – itu tak kisahlah kerana mereka
memang tidak bersama kerajaan negeri. Yang DAP ni, apa penyakitnya
pulak? ADUN PKR seorang pun tak bercakap, mungkinkah sebab mereka ada
saham dalam itu sedangkan DAP dan PAS tidak ada.
Syarikat RM 2 urus pelaburan RM 30
billion, itu masuk akalkah? Apa yang cuba diselindungkan, adakah ini
cubaan untuk mendapatkan dana politik tanpa melalui pengetahuan DUN?
Persoalan-persoalan inilah agaknya yang menjadi punca DAP melompat
sebab PKR diketahui banyak buat benda tak maklum DAP.
Contohnya bila PAS semalam mengaku PKR
dan parti itu pernah berpakat untuk melantik Tengku Razaleigh sebagai PM
sementara, beberapa bulan, sebelum Anwar mengambil alih jawatan. Mana
DAP dalam perbincangan ini? Yillekk…..
Semua ini bagaimanapun adalah rakyat
untuk menilai cara mana puak-puak ini berpolitik. Selalu cakap UMNO
saja kan, sekarang terbukti UMNO tidak guna sumber dalaman untuk raih
dana politik, berbeza halnya dengan parti-parti pembangkang. Dana yang
dah di’reserve’ untuk penstrukturan semula air pun, tiba-tiba boleh
berkurang dengan banyaknya.
Insaflah, ini semua politik, apa pun
boleh berlaku. Nak cari salah Datuk Seri Najib saja, yang dia tu lagi
teruk lagi. Satu negeri saja pun, itu pun terbarai banyak dah.
Sama-sama kita fikirkan ya....
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment