Tuesday, August 18, 2015
PEMBELOT!!! Tiada Maaf Bagimu - Ismail Sabri
Menteri Kemajuan Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri memberi
amaran kepada pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) yang terlibat
dengan pemimpin pembangkang dalam rancangan menjatuhkan kerajaan.
Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, pemimpin yang didapati terlibat
dengan komplot itu akan dikenakan tindakan tegas kerana ini merupakan
satu perkara yang amat serius.
Katanya, tiada maaf bagi pemimpin komponen BN yang berkomplot bersama pemimpin pembangkang mahu menggulingkan kerajaan.
Justeru itu, Ismail Sabri mahu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri
Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan mengenai pemimpin yang terlibat dalam
komplok ini untuk dikenakan tindakan tegas.
"Kita tunggu pengumuman Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid
Hamidi yang juga menteri dalam negeri mengenai tokoh-tokoh politik ini,"
kata Ahli Parlimen Bera itu.
Zahid pada Sabtu lalu memaklumkan terdapat pemimpin dari BN yang telah
menjadi dalang bersama pemimpin pembangkang untuk menggulingkan kerajaan
melalui jalan belakang.
Zahid berkata, beliau tahu mengenai pemimpin tersebut berdasarkan
maklumat yang diterima oleh orang dalam yang tahu pergerakan komplot ini
dan bukannya dari tepi jalan.
"Maklumat yan saya dapat ini sahih, bukan maklumat tepi jalan dan
maklumat ini saya peroleh daripada orang yang hadir mesyuarat itu
sendiri," kata Zahid.
Dengan makluman oleh timbalan perdana menteri itu, terdapat beberapa
pemimpin Umno yang mempertikaikan dakwaan Zahid itu dengan mengatakan
ianya sebagai satu dakwaan yang serkap jarang dan merosakkan parti.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment