Tuesday, August 18, 2015
Bersatu-Hati, Elakkan Tindakan Rugikan Parti – Nazir
KUALA LUMPUR : Pemimpin dan ahli-ahli UMNO di semua
peringkat digesa bersatu hati dan menjauhkan diri dari bertindak kepada
tindakan-tindakan atau kenyataan yang boleh merugikan parti dan kerajaan
terutamanya di laman-laman media sosial.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa, Nazir Hussin Akhtar Hussin
berkata, ini kerana terlalu banyak permasalahan yang diwujudkan bermula
di media sosial sejak kebelakangan ini walaupun maklumat atau berita
yang disebarkan belum disahkan kebenarannya.
“Tanggungjawab sebagai ahli parti dan Pemuda UMNO yang bakal mewarisi
parti keramat UMNO adalah untuk memastikan parti ini terus
diperkukuhkan dan bijak untuk menilai berita atau maklumat yang diterima
sebelum ianya disebar luaskan melalui media sosial.
“Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa berharap tindakan pihak-pihak yang
tidak bertanggungjawab menyerang sesama ahli dan pemimpin parti perlu
dihentikan segera. Percaya atau tidak, UMNO lemah bukan kerana
pembangkang yang hebat tetapi adalah disebabkan daripada perpecahan
dikalangan ahli parti sendiri,” ujarnya yang juga EXCO Pemuda UMNO
Malaysia.
Dalam masa yang sama, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa
sebulat suara menyuarakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada
kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri
Malaysia merangkap Presiden UMNO.
“Pemuda UMNO Titiwangsa memberikan sepenuh kepercayaan dan yakin
kepada kepimpinan YAB Perdana Menteri untuk menyelesaikan segala
permasalahan yang timbul sebaiknya bagi mengembalikan semula sokongan
rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional.
“Pada masa yang sama, seluruh ahli UMNO khususnya ahli-ahli Pemuda
untuk terus menghormati Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin selaku
Timbalan Presiden UMNO dan Datuk Seri Haji Mohd Shafie Apdal selaku Naib
Presiden UMNO,” tambahnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment