Monday, August 24, 2015
Pemuda Tekad Terus Perkukuh Parti, Yakin UMNO Dapat Atasi Kemelut – Khairy
KUALA LUMPUR : Pemuda UMNO akan terus memperkukuhkan parti
dalam keadaan institusi itu berdepan dengan pelbagai dugaaan dalam usaha
memastikan parti terus kuat dan dapat mengatasi kemelut yang dihadapi
hari ini.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata pergerakan itu juga pada masa
yang sama turut mengambil pendirian untuk memberikan masa bagi isu-isu
besar yang dihadapi oleh kerajaan dan parti dapat diselesaikan menerusi
proses-proses tertentu samada proses siasatan dan proses siasatan lain
yang melibatkan agensi kerajaan.
“Kita juga semua setuju bahawa isu ini perlu diselesaikan dengan
cepat dan perlu beri masa untuk diselesaikan sepenuhnya. Kita juga telah
buat ketetapan dalam tempoh terdekat akan jumpa Presiden Parti, Datuk
Seri Najib Razak dalam tempoh terdekat untuk sampaikan pandangan Pemuda
terutama pandangan yang telah dibuat menerusi mesyuarat perwakilan
Pemuda bahagian baru-baru ini.
“Dan pada masa yang sama kita juga mohon untuk mengadakan pertemuan
bersama Timbalan Perdana Menteri yang baru, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi supaya perkara yang sama dapat kita sampaikan. Perjumpaan kita
bersama kedua-dua pimpinan terbabit berkenaan isu-isu dan pandangan
daripada bawah supaya tindakan dapat diambil mengenai kerisauan dan
keresahan pemuda di akar umbi,“ katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO di sini, hari ini.
Beliau seterusnya menambah antara isu yang akan diutarakan adalah
berkaitan isu derma politik, persepsi rakyat, siasatan berhubung dengan
dana politik, 1MDB dan sebagainya lagi.
“Isu-isu ini bukan hanya dibincangkan di peringkat Pemuda tetapi juga
dibincangkan di kalangan rakyat terutama pengundi muda, anak muda di
luar parti.
“Jadi kami sebagai pergerakan yang mewakili suara anak muda dalam
UMNO dan menjadi jambatan pengundi muda, ini menjadi tugas tugas kita
untuk sampaikan perspektif orang muda kepada pucuk pimpinan,“ ujarnya.
Dalam perkembangan lain Khairy turut memaklumkan 182 Pemuda bahagian
telah selesai mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing dan bakinya
sembilan lagi kawasan yang masih belum selesai.
“Hujung minggu ini akan selesai dan kita telah terima usul-usul
daripada Pemuda bahagian-bahagian dan semua usul akan diteliti oleh
pengurusan Pemuda supaya kita dapat memahami keadaan di akar umbi dengan
lebih mendalam lagi,“ katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment