Saturday, August 15, 2015
Penjelasan Gabenor Bank Negara Buktikan Segala Andaian, Dakwaan Hanya Fitnah
14 Ogos 2015, Kuala Lumpur : Penjelasan Bank Negara Malaysia (BNM) oleh Gabenornya Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berhubung siasatan transaksi oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan laporan berserta cadangan untuk tindakan bersesuaian yang sudah dihantar kepada Peguam Negara awal minggu ini membuktikan segala andaian dan segala cerita yang disebar menerusi media sosial adalah tidak benar dan satu fitnah yang nyata.
Justeru bagi Ketua Penerangan Pemuda UMNO Johor, Shahrihan Jani senario tersebut menunjukkan tukang ramal dan pelbagai bidang terjun profesional yang berlegar di media sosial sekadar untuk menimbulkan rasa gelisah rakyat serta pelbagai tanggapan yang tidak benar terhadap kerajaan.
Menurut beliau sewajarnyalah apa yang berlaku hari ini menjadi pengajaran serta menjadi contoh kepada masyarakat di luar sana bahawa persepsi yang dijaja menerusi media sosial adalah satu tindakan yang tidak bermoral.
“Kadangkala sesuatu berita belum lagi disahkan tetapi sudah menjadi viral di media sosial. begitu jugala dengan apa yang berlaku dalam isu di atas selain pelbagai persepsi yang ditimbulkan terhadap Bank Negara.
“Malah lebih mengecewakan Gabenornya, Tan Sri Zeti serta kakitangannya turut menjadi sasaran mereka yang tidak bertanggungjawab dengan menimbulkan pelbagai tanggapan yang tidak benar.
“Kadangkala apa yang dijaja menerusi media sosial oleh profesional bidang terjun langsung tidak masuk akal. Yerlah…tetiba ramai yang menjadi tukang pakar ekonomi mee segera…begitu juga dengan tukang ramal profesional lain,” katanya.
Bank Negara Malaysia (BNM) telah menyelesaikan siasatan berhubung transaksi oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan laporan berserta cadangan untuk tindakan bersesuaian sudah dihantar kepada Peguam Negara awal minggu ini, kata Gabenornya, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.
Gabenor itu juga berkata bank pusat sedang menyiasat dakwaan yang dibuat terhadap beliau dan Bank Negara berhubung 1MDB.
“Semua dakwaan terhadap saya secara peribadi dan juga bank adalah tidak benar. Kebanyakan dakwaan ini dibuat oleh pihak tidak dikenali.
“Kami akan kenal pasti siapa mereka dan mengambil tindakan undang-undang seterusnya terhadap mereka. Kami boleh agak dan ada petunjuk susulan tentang siapa mereka, namun setakat ini nama tidak diketahui,” katanya.
Mengulas lebih lanjut Shahrihan seterusnya menambah masyarakat perlu menilai dan melihat secara mendalam pelbagai persepsi yang disebar menerusi media sosial.
“Janganlah kita menerimanya bulat-bulat kerana kadangkala berita yang dijaja adalah sekadar persepsi untuk memburukkan pihak tertentu semata-mata. Sebab itulah bagi Pemuda Johor, kita berharap apa yang berlaku hari ini menjelaskan segala-galanya bahawa apakah rakyat ingin mempercayai media sosial semata-mata tanpa usul periksa,” katanya lagi.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment