Friday, August 14, 2015

Perempuan Melayu Masuk DAP Akan Ditangkap Polis.. - Lim Kit Siang

Agak mencuit hati apabila Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mengatakan Rara atau nama sebenarnya Young Syefura Othman dipanggil polis kerana beliau merupakan anak muda Melayu yang berani menyertai DAP.

Kelakar bukan??? Walhal Rara dipanggil polis berhubung posting di Facebook miliknya pada September tahun lepas yang didakwa menghina Sultan.

Bagaimanapun Kit Siang mengatakan Rara dipanggil polis kerana berani bersama DAP untuk melakukan perubahan terhadap negara.

"Rara secara terang-terangnya dipilih kerana dia merupakan salah seorang perempuan muda Melayu yang berani untuk melihat perubahan terhadap negara.

"Dia dihukum kerana cuba menakutkan anak muda Malaysia, terutamnya Melayu dalam melihat perubahan," kata Kit Siang.

Bagaimanapun, Rara disiasat mengikut Akta Hasutan selepas polis menerima aduan mengenai kirimannya dalam facebook beliau yang menghina institusi diraja.

Rara dalam masa sama menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan beliau hanya membuat kiriman #Sultanbukantuhan bukan atas niat menghina sultan dan institusi beraja.

"Saya hanya membuat kiriman #Sultanbukantuhan. Itu saja, tetapi didakwa menghina raja-raja.

"Saya terkejut apabila polis datang ke rumah saya, tetapi pada masa itu saya tiada di rumah. Mereka hanya memaklumkan bahawa saya perlu hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi," kata Rara.

Rara turut menjelaskan posting dibuat pada September tahun lepas berhubung isu aktivis Ali Abd Jalil dan Profesor Dr Azmi Sharom dan hanya menulis postingnya beberapa perkataan seperti #Sultanbukantuhan #pray4ali #mansuhaktahasutan #solidaritiwithaliabdjalil dan #solidaritiwithazmi

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment