Friday, August 14, 2015

Mahathir Adalah Kegagalan Terbesar Politik Melayu Di Malaysia.. - SH Alattas

Penulis politik veteran, Syed Hussein Alattas hari ini meminta supaya bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar 'zip mulut' daripada terus melemparkan kritikan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Syed berkata, Mahathir tidak layak membuka mulut untuk mengkritik pentadbiran Najib kerana bekas perdana menteri itu sendiri telah gagal mentadbir negara ketika menjadi perdana menteri selama 22 tahun dahulu.

Katanya, Mahathir juga telah gagal mengubah nasib bangsa Melayu selama beliau menjadi pemimpin nombor 1 negara.

Oleh itu, Mahathir perlu duduk diam dan menutup mulutnya dan memberi peluang kepada Najib menjalankan tugasnya untuk membawa perubahan kepada anak bangsa dan negara.

"Bagitau dia (Mahathir) untuk zip mulut dia. Beritahu dia, Syed Hussein suruh Mahathir tolong tutup mulut. Anda sudah puas bercakap. 22 tahun anda jadi perdana menteri, apa pun tak boleh bikin.

"Dia tak boleh mengubah Melayu. Dia gagal. Dia adalah kegagalan terbesar dalam poltik Malaysia," kata Syed di kediamannya di Janda Baik.

Syed dalam masa sama, melancarkan sebuah buku terbaru berjudul 'Dosa-dosa Mahathir'  yang berkisarkan kejahatan yang dilakukan oleh Mahathir ketika menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

Syed berkata, buku terbaru hasil tulisannya mengisahkan kejahatan dan kegagalan yang dilakukan Mahathir selama menjadi perdana menteri.

"Ini saya punya kerja. Kita ini penulis, kita dokumenkan apa yang berlaku. Mahathir ini dia jadi perdana menteri selama 22 tahun dan dia gagal," katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment