Friday, August 14, 2015
Politik Melampau Kaburi Fakta Kekukuhan Asas Ekonomi
Amalan politik melampau di negara ini sudah
mencapai tahap kritikal dan digunakan pihak tertentu bagi mengaburi
pemikiran serta persepsi rakyat.
Penganalisis ekonomi dan politik, Profesor Dr Azmi Hassan melihat
agenda percaturan politik yang digunakan bajet 2015 sudah ke tahap
melampau sehingga mampu melumpuhkan ekonomi malah menggugat kestabilan
negara.
“Memang benar seperti yang diperkatakan oleh Perdana Menteri kerana
strategi politik melampau akan memudahkan seseorang mengaburi pemikiran
dan persepsi rakyat,” tegas Prof Dr Azmi.
Pada ketika ini katanya, setiap isu yang melanda akan cuba dikaitkan
dengan keadaan politik tempatan dan senario politik melampau membenarkan
mereka yang menerima maklumat mempercayai tohmahan yang tidak berasas.
“Contoh nyata adalah tuduhan kejatuhan ringgit cuba dikaitkan dengan
keadaan semasa politik tempatan pada hal isu ini adalah fenomena
global,” katanya.
Apabila rakyat terpengaruh dengan dakwaan itu katanya, maka lebih
mudah pihak yang mempunyai agenda seperti mahu menumbangkan kerajaan
melalui saluran tidak sah mencapai hasrat mereka.
“Begitu juga sudah ada tekanan supaya kerajaan melaksanakan tambatan
ringgit padahal isu ini sepatutnya tidak timbul kerana asas ekonomi
negara masih kukuh. Tekanan seperti ini yang tidak berasas tetapi
dilakukan demi kepentingan politik sempit sedikit sebanyak akan gugat
ekonomi negara kerana keputusan oleh kerajaan pasti dipengaruhi oleh
tekanan tuduhan walaupun ianya tidak berasas,” jelasnya.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan kerajaan mengendurkan suhu
politik dengan cara mengurangkan penerangan sesuatu isu tanpa
menggunakan pendekatan strategi politik.
Isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) katanya mampu diperjelaskan
tanpa dipolitikkan lantaran ada negara lain menjadikan isu seperti 1MDB
demi kepentingan mereka.
“Yakni CEO 1MDB itu sendiri sepatutnya berada dihadapan untuk
menerangkan dan bukannya orang politik, Azmi 1MDB seperti Perdana Menteri
atau Menteri,” katanya.
Menurutnya, adalah lebih mudah dan terang maksudnya jika kerajaan
mematahkan serangan bermotif politik dengan strategi pertahanan yang
tidak berasaskan politik juga.
“Dengan kaedah ini rakyat akan menilai pihak mana yang perlu diletakkan sebagai kepentingan negara di hadapan,” katanya.
Selai itu, beliau juga menggesa rakyat agar bersikap adil kepada
semua pihak, menilai berita yang diterima terlebih dahulu sebelum
mempercayainya.
“Sikap orang Malaysia kini sebaliknya, yang fitnah dipercayai, yang
fakta dikemudiankan, ditolak tepi, ini tidak sihat, maka nampak seolah
kita tidak matang menggunakan kemudahan media sosial, sepatutnya, kita
lebih bijak kibar bendera malaysia tetapi makin mundur apabila sama-sama
menyebarkan fitnah dan terperangkap dengan berita negatif,” katanya.
Beliau menutup temubual dengan menyatakan bahawa penilaian yang
saksama hanya mampu tercapai jika pengaruh pemikiran politik berada di
tahap minima.
Jika tidak penilaian sentiasa berat sebelah, katanya lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment