Friday, August 14, 2015
Perniagaan Gajet Di Bangunan Mara Tiada Unsur Perkauman – Annuar
14 Ogos 2015, Kuala Lumpur : Konsep perniagaan menjual alat komunikasi dan
gajet elektronik di Bangunan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di sini tidak berunsurkan perkauman, sebaliknya cuma mencontohi perniagaan Plaza Low Yat di Bukit Bintang.
Pengerusi Mara Tan Sri Annuar Musa yang dilantik semula ke
jawatan itu pada Rabu lepas, berkata hasrat Mara ialah membantu peniaga
Bumiputera menjalinkan kerjasama perniagaan dengan pengedar, pembekal dan syarikat telekomunikasi yang dikendali pelbagai kaum.
Justeru itu, beliau kesal rancangan membuka perniagaan itu di Tingkat
Tiga Bangunan Mara menjadi polemik perkauman sedangkan formula sesuatu
perniagaan tidak berjaya jika pasarannya hanya untuk satu kaum sahaja.
“Bangunan Mara masih ada ruang yang boleh dimanfaatkan
peniaga Bumiputera dengan mengambil peluang menjual alat komunikasi dan
gajet elektronik supaya berjaya seperti perniagaan di Plaza Low Yat.
“Kita hendak tiru kejayaan seperti Plaza Low Yat. Ia dirujuk
sebagai bentuk positif iaitu perniagaan yang berjaya,” katanya pada
sidang media di sini, hari ini.
Cadangan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail
Sabri Yaakob supaya peniaga Bumiptera membuka perniagaan itu di Bangunan
Mara, yang dijangka menjadi ‘Plaza Low Yat 2′, telah disalah tafsir
pihak tertentu sehingga mencetuskan polemik perkauman baru-baru ini.
Annuar berkata beliau tidak mahu menggunakan nama ‘Plaza Low Yat 2
bagi perniagaan itu kerana Mara mempunyai perancangan untuk memperluas
perniagaan seumpama itu di bangunan miliknya di negeri-negeri lain.
“Malah, jika ada kaum lain yang boleh bekerjasama untuk perniagaan ini, maka kita akan teruskan kerjasama itu,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment