Saturday, August 15, 2015

Perniagaan Gajet Di Bangunan Mara Tiada Unsur Perkauman – Annuar

14 Ogos 2015, Kuala Lumpur : Konsep perniagaan menjual alat komunikasi dan gajet elektronik di Bangunan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di sini tidak berunsurkan perkauman, sebaliknya cuma mencontohi perniagaan Plaza Low Yat di Bukit Bintang.
Pengerusi Mara Tan Sri Annuar Musa yang dilantik semula ke jawatan itu pada Rabu lepas, berkata hasrat Mara ialah membantu peniaga Bumiputera menjalinkan kerjasama perniagaan dengan pengedar, pembekal dan syarikat telekomunikasi yang dikendali pelbagai kaum.
annuarmusa1_0
Justeru itu, beliau kesal rancangan membuka perniagaan itu di Tingkat Tiga Bangunan Mara menjadi polemik perkauman sedangkan formula sesuatu perniagaan tidak berjaya jika pasarannya hanya untuk satu kaum sahaja.
“Bangunan Mara masih ada ruang yang boleh dimanfaatkan peniaga Bumiputera dengan mengambil peluang menjual alat komunikasi dan gajet elektronik supaya berjaya seperti perniagaan di Plaza Low Yat.
“Kita hendak tiru kejayaan seperti Plaza Low Yat. Ia dirujuk sebagai bentuk positif iaitu perniagaan yang berjaya,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Cadangan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya peniaga Bumiptera membuka perniagaan itu di Bangunan Mara, yang dijangka menjadi ‘Plaza Low Yat 2′, telah disalah tafsir pihak tertentu sehingga mencetuskan polemik perkauman baru-baru ini.
Annuar berkata beliau tidak mahu menggunakan nama ‘Plaza Low Yat 2 bagi perniagaan itu kerana Mara mempunyai perancangan untuk memperluas perniagaan seumpama itu di bangunan miliknya di negeri-negeri lain.
“Malah, jika ada kaum lain yang boleh bekerjasama untuk perniagaan ini, maka kita akan teruskan kerjasama itu,” katanya.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment