Saturday, August 22, 2015

Peserta BERSIH 4 Akan Dibayar RM 300 Setiap Seorang??

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menyatakan bahawa orang ramai yang turun ke jalanan setiap kali perhimpunan aman diadakan bukanlah kerana mereka itu diberi sogokan dengan wang ringgit, sebaliknya atas dorongan mereka sendiri untuk menuntut perubahan.

Azmin menjelaskan demikian bagi menjawab tuduhan kepada penganjur Bersih 4, Maria Chin Abdullah yang dikatakan membayar setiap peserta sehingga RM300 setiap seorang. Azmin juga menyifatkan tuduhan berkenaan adalah sebagai satu penghinaan kepada rakyat Malaysia.

"Macam mana kita dituduh membuat sogokan begitu, itu satu penghinaan kepada rakyat Malaysia yang mahukan perubahan, apakah salah untuk minta dan berusaha kepada perubahan?

"Ini semua propaganda dari dulu, setiap kali berhimpun, kami (dituduh) dibayar, ceramah kami dibayar, tak pernah berlaku," katanya kepada media.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Gabungan NGO-NGO Melayu, Datuk Jamal Md Yunos semalam yang mendakwa penganjur Bersih 4 memperuntukkan sehingga RM30 juta untuk mengumpulkan 100,000 peserta pada perhimpunan aman itu, 29 dan 30 Ogos ini.

Jamal berkata, setiap peserta menerima bayaran pendahuluan sebanyak RM100 manakala bakinya akan dibayar semasa perhimpunan termasuk kos makanan dan pengangkutan.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment