Tuesday, August 25, 2015
PR Sudah Kencing Pada Rakyat Selangor... Janji Manifesto Apa Cerita..?
Pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu bagi rakyat Selangor
diteliti semula bagi memastikan skim berkenaan benar-benar sampai kepada
golongan sasar, kata Menteri Besarnya, Mohamed Azmin Ali.
Azmin berkata, buat masa ini, dasar itu dilihat tidak menepati matlamat
apabila rata-rata pemberian itu tidak dimanfaatkan sepenuhnya.
Katanya, skim air percuma itu tidak memberi apa-apa erti kepada mereka
yang berpendapatan tinggi hingga digunakan untuk tujuan yang tidak
sepatutnya.
“Mereka akan guna untuk cuci kereta, untuk berkebun dan mereka tidak
menghargai pemberian air percuma ini,” katanya kepada para pemberita hari
ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu juga
menjelaskan, kerajaan Selangor berhasrat supaya pemberian air percuma
itu dimanafaatkan oleh mereka yang tinggal di bangunan strata atau
pangsapuri kos rendah dan sederhana.
Jelas beliau, RM11.40 bagi 20 meter padu itu amat besar nilainya kepada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.
“Tetapi bagi mereka yang berpendapat tinggi, ia mungkin satu perkara
kecil dan tidak dimanfaatkan sepenuhnya dan akhirnya akan berlaku
pembaziran dari segi kegunaan air.
“Ia bukan soal ketirisan dalam program tapi pembaziran dan tidak hargai
pembiayaan yang begitu besar oleh kerajaan negeri,” katanya lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment