Thursday, August 27, 2015
Propaganda RM Tak Laku... Mari Tukar Dengan Kami Kata MAMSB
Kepada mereka yang hendak ke luar negara... tok sah panik dengan segala
macam cerita di media sosial... kalau hendak tukar duit, tukar siap-siap
dalam negara.
Ini kerana bekalan mata wang asing biasa mencukupi dalam pasaran bagi
memenuhi permintaan semasa, kata Persatuan Perniagaan Perkhidmatan Wang
Malaysia (MAMSB).
Bekalan juga mencukupi untuk memenuhi permintaan bermusim seperti musim
Haji, demikian menurut persatuan itu dalam satu kenyataan Khamis.
"Orang ramai dinasihatkan supaya menukar mata wang dengan pengurup wang
berlesen di Malaysia sebelum ke luar negara," kata MAMSB.
Menurut persatuan itu lagi, orang ramai yang berdepan kesukaran untuk
membeli mata wang yang diperlukan boleh menghubungi persatuan di talian
03-7722 5808.
Kini terdapat lebih 350 pengurup wang berlesen di lebih 1,500 cawangan
di seluruh Malaysia yang menyediakan perkhidmatan penukaran mata wang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment