Thursday, August 27, 2015
Hak Demokrasi Tahi Kucing!!!!.....Bersih Ancam Saman SKMM Kerana Sekat Laman Web
PETALING JAYA : Bersih 2.0 mengancam untuk menyaman Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melainkan ia menarik balik
sekatan laman web yang menyebarkan maklumat mengenai perhimpunan Bersih
4.0.
Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Maria Chin
Abdullah berkata, keputusan SKMM itu begitu mengejutkan dan bertentangan
dengan hak perlembagaan.
"Ia bertentangan dengan hak untuk mendapatkan maklumat, dan kita
bercakap mengenai melaksanakan akta terhadap hak untuk mendapatkan
maklumat," katanya sambil menambah bahawa tujuan SKMM adalah memastikan
saluran maklumat yang bebas.
SKMM dalam satu kenyataan pada Khamis, ia akan menyekat semua laman web
yang mempromosi dan menggalakkan orang ramai menyertai perhimpunan
Bersih 4.0 yang akan diadakan di ibu negara pada hujung minggu ini.
Selain itu, SKMM menggesa orang ramai supaya melaporkan kepada
suruhanjaya sekiranya terdapat laman web dan media sosial yang
dipercayai menyebarkan kandungan yang boleh menjejaskan kestabilan
negara, ketenteraman awam dan kestabilan ekonomi.
Maria berkata, penganjur perhimpunan bergantung kepada sosial media dan
internet untuk keselamatan, kawalan orang ramai dan menangani maklumat
yang salah.
"Kita benar-benar bergantung kepada internet untuk menyebarkan maklumat.
Menghentikannya hanya akan menyebabkan kita berhadapan dengan
kesulitan.
"Kita akan saman mereka jika mereka tidak tarik balik (sekatan). Ia
benar-benar bertentangan dengan hak rakyat untuk mendapatkan maklumat.
Mereka tak ada hak untuk menyekat," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment