Tuesday, August 04, 2015
Raja Kamarul Diberi Tempoh 14 Hari Tarik Diri Daripada GHB
SHAH ALAM : Selepas memutuskan hubungan dengan Datuk Raja Kamarul Bahrin
Shah Raja Ahmad, PAS Kuala Terengganu hari ini memberi tempoh 14 hari
untuk Ahli Parlimen itu mengisytiharkan dirinya 'bebas' daripada
sebarang penglibatan dengan Gerakan Harapan Baru (GHB).
Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah
mempertahankan tindakan yang diambil terhadap Raja Kamarul itu kerana
PAS sebelum ini sudah mengeluarkan arahan untuk ahli-ahlinya tidak
terlibat dengan GHB.
"(Ahli-ahli) Akar umbi , aktivis dan kepimpinan PAS Kawasan Kuala
Terengganu juga secara tegas menuntut supaya Datuk Raja Kamarul Bahrin
memohon maaf secara terbuka kepada seluruh ahli PAS dan pengundi di
dalam parlimen Kuala Terengganu dan mesti mengisytiharkan diri
memutuskan sebarang perkaitan dan hubungan dengan GHB dalam tempoh 14
hari.
"Jika sekiranya beliau masih gagal berbuat demikian dalam tempoh yang
diberikan maka akar umbi, aktivis dan kepimpinan PAS Kawasan Kuala
Terengganu sebulat suara menuntut Datuk Raja Kamarul Bahrin meletakkan
jawatan sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu dengan serta merta.
"Keputusan PAS Kawasan Kuala Terengganu memutuskan hubungan dengan Ahli
Parlimen berkenaan hanya boleh dibatalkan jika beliau bertindak
mematuhi ketetapan memohon maaf dan memutuskan segala penglibatan dalam
GHB," katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.
Wan Sukairi dalam pada itu menegaskan PAS Kuala Terengganu amat
menjunjung disiplin parti dan sebarang isu ketidakpatuhan terhadap
pimpinan perlu dielakkan.
Semalam, Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu menyatakan kekecewaannya
selepas PAS kawasan berkenaan bertindak memutuskan hubungan dengannya.
Beliau digelar 'pengkhianat' setelah dilantik sebagai Pengerusi GHB
Terengganu, sebaik sahaja menghadiri sebuah majlis sambutan hari raya
anjuran gerakan berkenaan.
Namun Raja Kamarul mendakwa beliau masih belum membuat sebarang keputusan tentang pelantikannya itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment