Monday, August 24, 2015

Salleh Mahu Anggota UMNO Bersatu Untuk Terus Kekal Peneraju Arena Politik Negara

KOTA BELUD : Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak meminta semua anggota UMNO mengekalkan semangat bersatu supaya parti itu terus kekal sebagai parti tunjang dalam kerajaan dan menguasai arena politik negara.
http://www.thestar.com.my/~/media/Images/TSOL/Photos-Gallery/Nation/2013/10/15/KERUAK.ashx/?w=620&h=413&crop=1&
Salleh, yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata kesetiaan terhadap perjuangan parti amat penting bagi memastikan ia terus relevan dan berkekalan.

“Kesetiaan setiap ahli diuji bukan pada waktu terang dan senang, tapi ia akan terlihat pada waktu gelap dan susah. Kerana di kala itulah, kita akan kenal dan nampak siapa mereka sebenarnya.

“Di waktu parti mengharungi bermacam-macam cubaan, seperti pada waktu-waktu kebelakangan ini, kita sudah nampak dan dapat membezakan di antara pejuang dengan petualang. Percayalah, bahawa dalam parti ini, kita perlukan ahli yang setia. Mereka yang tidak setia tidak ada tempat dalam parti UMNO kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian persidangan perwakilan UMNO bahagian itu, yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Masyarakat Kota Belud, di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Yahya Hussin, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Anggota Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak dapat hadir kerana dijemput merasmikan persidangan perwakilan UMNO Titiwangsa.

Salleh yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Belud mengingatkan anggota parti supaya terus mengutamakan parti lebih daripada individu.

“Partilah yang harus dipertahankan, bukan individu. Kepentingan umum dan orang terbanyak tidak harus dikorbankan hanya kerana kepentingan seseorang, apa lagi jikalau individu ini menjadi “duri dalam daging” yang meletakkan kepentingan diri di atas parti dan bangsanya,” katanya.

Salleh berkata UMNO Bahagian Kota Belud turut menyatakan sokongan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga presiden parti; Ahmad Zahid; dan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah.

UMNO Kota Belud tidak akan membenarkan mana-mana pihak menjatuhkan kepimpinan Najib, katanya.

Salleh berharap Kota Belud, yang merupakan tempat kelahiran UMNO di Sabah pada tahun 1991 akan terus menjadi kubu kuat Barisan Nasional.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment