Wednesday, August 19, 2015
Sekolah Pondok Seluruh Kelantan Tolak Parti Mat Sabu
Tindakan segelintir bekas pemimpin PAS mahu mewujudkan parti baru
berorientasi syariat dan keadilan sosial ditolak pelajar-pelajar
institusi pondok di Kelantan.
Kata mereka tidak perlu wujud lebih dari satu parti berteras Islam di
negara ini kerana ia akan merugikan perjuangan umat Islam dari aspek
politik.
Amizul Abdullah, 47 dari Pondok Lubuk Tapah Pasir Mas berkata umat Islam
tidak perlu dikelirukan dengan usaha mewujudkan parti Islam baru.
Katanya apabila wujud banyak parti Islam sudah tentu sokongan dalam
pilihan raya akan berpecah sehingga memberi kemenangan mudah kepada
pihak lawan.
“Saya tidak nampak perlu ditubuh sehingga dua parti berteras Islam di
Malaysia. Idea seperti itu tidak sesuai lebih-lebih lagi ia kelihatan
didominasi pemimpin yang kalah dalam muktamar PAS,” katanya di sini.
Che Mohd Farizi Che Abdul Rahim, 26 juga dari Pondok Lubuk Tapah
berkata, pengasas pondok terbabit Allahyarham Tok Guru Haji Abdullah
Yusof meninggal dunia ketika bersama PAS.
Katanya Tok Guru memperjuangkan Islam sepanjang hayatnya biar pun beliau bukan berada di barisan hadapan kepemimpinan PAS.
“Saya pun hairan sebelum kalah dalam muktamar tidak pernah dengar cerita
mahu wujudkan parti Islam baru, namun selepas kalah timbul pula hendak
tubuh parti baru.
“Ketika masih bersama PAS siang malam menuduh orang lain salah, sekarang
setelah tiada lagi jawatan PAS pula tidak betul. Saya tidak faham
pemimpin macam itu,” katanya.
Ustaz Mohd Rosdi Abdul Samad, 45 dari Pusat Pembangunan Pondok Bhd pula
memberitahu mungkin program tarbiah dalam PAS hanya perlu diikuti
pemimpin peringkat kawasan dan bukan yang berada di pusat.
Katanya, kalau pemimpin di peringkat pusat melalui program tarbiah dan
usrah sudah tentu kecelaruan macam sekarang tidak berlaku.
“Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dalam proses tarbiah PAS. Apa
yang berlaku sekarang seolah-olah pemimpin yang tidak dipilih dalam
muktamar lepas tidak dimatang dengan agenda tarbiah,” ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment