Wednesday, August 19, 2015

DAP Hasut Rakyat Benci Pada Pemimpin Melayu

Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari hari ini mengajak rakyat di negara ini agar membenci pemimpin Melayu yang banyak berjasa pada negara selama ini.

Zairil berkata, rakyat tidak perlu mengenang segala jasa dan sumbangan pemimpin Melayu kepada negara kerana mereka ini telah menjadikan Melayu sebagai bangsat di negara ini.

Dakwa Zairil, pemimpin Melayu yang telah membawa kemerdekaan kepada negara telah membawa amalan rasuah dan kronisme dalam pentadbiran kerajaan sehingga hari ini.

Zairil turut mempersoal adakah orang Melayu di negara ini akan menjadi 'pelarian' jika tidak dipimpin oleh pemimpin Melayu??

"Retorik Umno untuk membela orang Melayu hanya omong-omong kosong, apabila merekalah sebenarnya yang merugikan bangsa dan negara.

"Apakah selama ini Melayu menjadi bangsa bangsat kerana tidak ada Umno?" kata Ahli Parlimen Bukit Bendera itu.

Ini adalah satu tindakan yang kurang ajar dari Zairil apabila menyeru rakyat di negara ini agar melupakan jasa dan sumbangan pemimpin yang telah bermandi darah untuk mencapai kemerdekaan untuk negara ini.

Adakah beliau tahu bagaimananya susah perit seorang pemimpin Melayu berjuang demi mendapatkan kemerdekaan untuk sesebuah negara dan membawa kemajuan negara seperti yang kita kecapi pada hari ini???

Jika tidak ada pemimpin Melayu yang sanggup menggadai apa yang dimiliki, belum pasti negara kita akan mencapai kemerdekaan dan kemajuan pada hari ini.

Apakah sumbangan dan jasa pemimpin Ultra kiasu pada negara ini sehingga beliau menyeru rakyat melupakan jasa pemimpin Melayu pada negara???

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment