Wednesday, August 19, 2015
DAP Kata Ulamak PAS Gila Kuasa Dan Kuat Cemburu
Benarkah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bercita-cita tinggi
untuk menjadi Perdana Menteri dan mencemburui Ketua Umum PKR, Datuk Seri
Anwar Ibrahim dilantik menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat (PR)
menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu???
Menurut Ketua Veteran DAP, Lim Kit Siang, Hadi pada PRU lalu
bercita-cita tinggi mahu menjadi perdana menteri jika PR berjaya menawan
Putrajaya, tetapi itu perkara itu tidak terjadi kerana PR kalah pada
pilihan raya tersebut.
Tambah Kit Siang, Hadi turut iri hati apabila PR sepakat memilih Ketua
Umum PKR untuk menjadi perdana menteri jika PR berjaya menawan Putrajaya
pada PRU lalu.
Kit Siang berkata, ada hikmahnya juga apabila PR kalah pada PRU tersebut
kerana jika PR menang pada pilihan raya itu, Malaysia kini mempunyai
perdana menteri bernama Abdul Hadi Awang dan bukannya Datuk Seri Najib
Razak.
"Bila dikenangkan, mungkin satu hikmah Pakatan tidak peroleh majoriti
kerusi Parlimen pada PRU13. Jika tidak Pakatan perlu dapat belas ihsan
Presiden pas yang tidak sama sekali menerima Anwar menjadi Perdana
Menteri.
"Abdul Hadi mungkin buat pusingan untuk menyokong calon Umno sekali gus
menyebabkan krisis sebelum kerajaan Persekutuan diterajui Pakatan dapat
diteruskan," sindir Kit Siang.
Jika benarlah apa yang dikatakan Kit Siang terhadap Hadi, Pas sebelum
itu sudah pasti keluar meninggalkan Pakatan dan menyertai Umno demi
merealisasikan cita-cita Presiden Pas itu.
Inilah yang dikatakan 'habis madu sepah dibuang' apabila DAP berjaya
menawan dan mentadbir kerajaan negeri hasil usaha sama penyokong Pas
yang menyokong DAP pada pilihan raya lalu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment