Sunday, August 23, 2015
Siasat DEIG Sama Seperti Siasatan Terhadap 1MDB
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendesak supaya
siasatan terhadap Darul Ehsan Investment Group (DEIG) dibuat sama
seperti siasatan yang dilakukan terhadap 1 Malaysia Development Berhad
(1MDB).
Jelas beliau, hal ini kerana isu terbaru yang membabitkan kerajaan
negeri itu merupakan skandal yang lebih besar perlu disiasat berbanding
beberapa isu-isu lain termasuk derma RM2.6 bilion yang dikaitkan dengan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Apa yang mereka nak siasat kepada 1MDB, tak ada beza dengan kerajaan
negeri Selangor hari ini, saya akan tetap bersama-sama dalam prinsip
sama rata dalam mencar kebenaran, itu sahaja saya minta, bukan nak
sembunyikan perkara dalam UMNO.
“Kita desak supaya proses yang sama dijalankan DEIG, kita nak pastikan
media jangan hanya tertumpu kepada 1MDB, kena tanya soalan tepat, ini
aset harta rakyat Selangor, dikatakan 30 bilion, kalau itu UMNO pun tak
dedahkan, siapa lagi nak dedahkan?” katanya ketika berucap semasa
merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Shah Alam, Sabtu.
Siasatan tersebut jelas Hishammuddin lagi, perlu dibuat bagi mendapatkan
kebenaran dan yang penting tidak double standard, dan Menteri Besar
Selangor itu tidak hipokrit dalam memberikan penjelasan.
“1MDB jadi perkara yang lebar dibincangkan dan kita mahukan penjelasan,
kita nak 1MDB mesti bersifat rasionalisasi, penstrukturan mesti
dilakukan dan usaha itu sedang dibuat, kita jangka hujung tahun selesai,
yang penting pentadbiran yang baik dan kebertanggungjawab itu perlu
ada.
“Ketua Audit Negara akan menyiasat, siapa yang salah laku, siapa yang
seleweng, itu dijamin oleh Perdana Menteri, biar rakyat tahu, cuma
prosesnya mengambil masa sedikit, cuma jahatnya pemimpin pembangkang,
mereka nak guna cara ‘short cut’, mereka menghantui pemimpin kita,
sehinggakan persepsi terhadap pemimpin UMNO dah terhakis sehingga di
luar sana tak akan terima, sekarang apa beza dengan isu DEIG?” soalnya
lagi.
Dalam pada itu, Hishammuddin turut menyambut baik tindakan ADUN BN yang
membahaskan perkara tersebut di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri.
“Itu dah bagus, mereka telah bahas di dewan dan pastikan pendirian
mereka dalam mencari kebenaran, tapi kita kena sedar apa yang dilakukan
dalam menuntut kebenaran ni, jangan kita melampaui batas, saya bimbang
apa yang dilakukan itu menjadi tidak ikhlas berkisar kepada pertimbangan
politik.
“Cukup-cukuplah ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengaitkan beberapa perkara dengan pemimpin UMNO,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment