Sunday, August 23, 2015
Bila DAP Tiba-Tiba Jadi Peminat Slogan 'Bersih, Cekap, Amanah' Dr Mahathir...
Ada-ada saja.Kerajaan pusat guna tema 'Malaysia, Sehati Sejiwa'
sebaliknya kerajaan DAP Pulau Pinang nak pakai tema
'Bersih,Cekap,Amanah' untuk perayaan Hari Kemerdekaan.
Tengok kiri tengok kanan depan belakang,Jjngan marah kalau ada yang rasa
apa lagi tujuan kalau bukan nak main politik dan buat bising cetus
kontroversi menjelang NGO puak pembangkang nak anjur himpunan Bersih 4.0
pada 29 dan 30 Ogos ini.
Ramai yang bertanya sejak bila DAP tiba-tiba jadi peminat slogan ciptaan
bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang diguna pada awal
pentabirannya dulu.
Siapa yang boleh tolak andaian minat itu didorong adanya perkataan 'Bersih' pada slogan itu dan senario politik semasa.
Ada juga yang melihat 'jarum' cukup halus pada isu slogan ini dalam konteks timingnya sekarang.Macamlah tidak ada slogan lain.
Secara tidak langsung ia boleh mengambarkan seolah semua sekolah
menyokong perhimpunan anti- kerajaan itu.Dalam pada itu nama Dr Mahathir
cuba diheret menerusi pengunaan slogan itu.
Jangan lupa ada juga perkataan 'Amanah' di situ.Bukankah kelak parti
baru yang hendak didaftar oleh geng PAS dalam Gerakan Harapan Baru
hendak dinamakan Amanah.
Pejabat Pelajaran Pulau Pinang sudah keluarkan pekeliling arah semua
sekolah di negeri itu tidak menyertai perayaan Kemerdekaan dianjur oleh
kerajaan negeri.
Ikut Pengarah Pelajaran Negeri,Osman Hussain ini kerana tema 'Bersih'
yang nak dipakai kerajaan negeri bertentangan dengan tema kerajaan
pusat.
Lawaknya pengerusi jawatankuasa penganjur perayaan kemerdekaan negeri
Law Choo Kiang meminta pejabat pelajar bersikap profesional dalam soal
ini.
Dia meminta jangan jejas hubungan baik kerajaan negeri dengan sekolah-sekolah.
Sebaliknya siapa agaknya yang tidak profesional cuba main politik dengan murid sekolah dan guru guna tema perayaan kemerdekaan?
Ketua Menteri Lim Guan Eng tetap nak pertahan pengunaan slogan 'Bersih,Cekap,Amanah'.
Katanya kerajaan negeri akan ambil tindakan jika pengunaan slogan itu tidak dibenarkan.
Timbalan Ketua Menteri II Dr P. Ramasamy cuba bagi alasan jangan samakan slogan itu dengan gerakan Bersih.
Katanya sejak tujuh tahun lampau kerajaan negeri mengunakan tema lain dari kerajaan pusat untuk perayaan kemerdekaan.
Sementara itu Menteri Pelajaran Datuk Seri Mahadzir Khalid yang mengulas
isu berkenaan menegaskan sepatutnya satu tema saja harus digunakan oleh
seluruh rakyat Malaysia untuk perayaan kemerdekaan.
Katanya," Ini adalah hari kemerdekaan.Kita smeua rakyat Malaysia tida
harus bergaduh keatas perayaan ini.Lebih baik ikut tema yang ditetapkan
oleh kerajaan pusat."
Beliau menegaskan arahan larangan kepada semua sekolah di Pulau Pinang
daripada menyertai sambutan Hari Kebangsaan 2015 anjuran kerajaan
negeri, kekal sehingga sebarang keputusan dimaklumkan kelak.
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Datuk Zainal Abidin Osman yang
juga Pengerusi Perhubungan UMNO negeri kata perayaan kemerdekaan harus
fokus kepada perpaduan dan solidariti dna bukan dipolitikan.
Tahun lalu kontroversi timbul bila anggota pasukan Peronda Sukarela
Pulau Pinang (PPS) yang diisytihar pertubuhan itu menyalahi
undang-undang oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyertai perbarisan
di Hari Kemerdekaan peringkat negeri itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment