Sunday, August 23, 2015

SKMM, PDRM Berkas Beberapa Individu Salahguna Media Sosial

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pihak polis telah menangkap beberapa individu di Terengganu, Kelantan dan Pulau Pinang baru-baru ini kerana menyalahgunakan perkhidmatan komunikasi dan media sosial.

Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd. Yasin dalam satu kenyataan di aini hari ini berkata, beberapa kelengkapan atau peranti komunikasi milik suspek-suspek disita dan rakaman percakapan mereka turut diambil bagi membantu siasatan.

Antara peranti-peranti komunikasi yang dirampas kata beliau, termasuk telefon bimbit, kad sim, pemacu pena, komputer riba, modem dan Samsung Tab.

Menurutnya, operasi tersebut dijalankan berdasarkan aduan awam yang diterima terhadap beberapa suspek yang telah memuat naik kandungan lucah di laman blog, menghantar kandungan lucah dan jelik melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan e-mel serta membuat panggilan palsu ke Pusat Perkhidmatan Talian Kecemasan 999. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment