Saturday, August 22, 2015
SPRM Perlu Siasat Penubuhan DEIG
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta melakukan siasatan segera berhubung tindakan kerajaan PKR Selangor menubuhkan Darul Ehsan Invesment Group (DEIG) dipercayai bagi mengurus kira-kira RM30 bilion aset di bawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor.
Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao berkata, siasatan segera perlu dilakukan bagi memastikan duit rakyat tidak diselewengkan kerana jelas bahawa penubuhan DEIG amat meragukan dan tidak dibincangkan di dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) serta mesyuarat Exco kerajaan negeri.
Beliau berkata, rekod terkini Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mesnyatakan dua individu iaitu Ketua Pegawai Eksekutif MBI Selangor, Raja Shahreen Raja Othman dan Ketua Pegawai Operasi MBI Selangor, Soffan Affendi Aminuddin sebagai pemegang saham milik DEIG.
“Status DEIG adalah syarikat sendirian berhad yang dikuasai oleh dua individu terbabit, jika dana RM30 bilion itu diserahkan kepada DEIG, saya percaya kerajaan PKR Selangor tidak akan mempunyai sebarang kuasa untuk mengetahui ke mana duit berkenaan dibelanjakan.
“Hasil maklumat yang diperoleh juga mendapati operasi DEIG amat meragukan kerana syarikat berkenaan mampu membayar zakat sehingga RM5 juta walaupun baharu ditubuhkan beberapa bulan lalu,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada SPRM di sini hari ini.
Dipetik daripada sumber : Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment