Friday, August 21, 2015
SPRM Perlu Siasat RM7.65 Billion Wang Rakyat Yang Gagal Dijelaskan MB Selangor
21 Ogos 2015, Kuala Lumpur : Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam
Ibrahim berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu
mengambil tindakan tegas terhadap Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin
Ali yang dilihat cuba menyembunyikan kos sebenar mengenai jumlah
penstrukturan industri perkhidmatan air Selangor berjumlah RM2 billion
ringgit.
Beliau menggesa tindakan itu dibuat kerana ia melibatkan jumlah dana
awam yang besar dan mampu menjejaskan kehidupan rakyat Selangor hanya
kerana polemik yang dimainkan kerajaan negeri itu.
“Saya melihat ini adalah masalah berkaitan integriti penyebaran informasi berhubung pengurusan dana awam di Selangor.
“Oleh itu pihak SPRM perlu mengambil tindakan tegas untuk menyiasat
kes ini yang merupakan perkara polemik, sudah pasti boleh menjejaskan
kehidupan awam sekiranya tidak dapat diselesaikan,” katanya kepada
UMNO-Online di sini.
Sebelum ini, Azmin tidak menjelaskan baki RM7.65 billion yang
merupakan kos pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi meliputi asset
serta liability.
Dalam pada itu, Irmohizam yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO turut
menggesa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk melihat
keperluan sama ada perlu menyiasat perkara tersebut atau tidak yang sama
seperti syarikat pelaburan lain seperti 1 Malaysia Development Berhad,
1MDB.
“Mengenai seperkara lagi ini melibatkan ketidakcekapan di Selangor,
apabila dah berurusan, berdolak dalih pula dalam isu air di Selangor, ia
menunjukkan bahawa mereka cuba melindungi beberapa perkara yang dilihat
sudah mula terbongkar kepada umum.
“Maka rakyat perlu melihat adakah perlu PAC menyiasat syarikat ini kerana ia melibatkan dana awam secara jelas” , katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment