Tuesday, August 18, 2015
Suspek Pengeboman Dipercayai Penyokong Baju Merah... Inilah Bahayanya Politik
BANGKOK : Ketua junta Thailand Prayut Chan-O-Cha pada Selasa berkata
pihak berkuasa sedang memburu seorang 'suspek' dilihat melalui rakaman
CCTV berhampiran tempat kejadian pengeboman di Bangkok yang meragut
sekurang-kurangnya 21 nyawa dan mencederakan lebih daripada 120.
"Hari ini terdapat seorang suspek yang dilihat di CCTV tetapi ia tidak
jelas ... kami sedang mencari lelaki ini," kata beliau sambil menambah
suspek itu dipercayai dari sebuah 'kumpulan anti-kerajaan yang berpusat
di timur laut Thailand' - kawasan utama pergerakan Baju Merah yang
menentang junta tentera.
Prayut, yang juga Perdana Menteri Thai, berkata bom itu yang ditanam di
Makam Erawan yang popular dengan pelancong dan warga Thailand, adalah
serangan paling buruk pernah berlaku di Thailand.
Mangsa yang maut termasuklah dua warga China, dua warga Hong Kong, dua
rakyat Malaysia, seorang warga Singapura dan lima rakyat Thailand.
Selebihnya masih belum dikenal pasti.
Seramai 123 orang cedera dengan rakyat Thailand menjadi mangsa paling ramai dirawat (42 orang), diikuti oleh 28 mangsa Cina.
Jurucakap polis Prawut Thavornsiri berkata 'pengeboman mensasarkan untuk
membunuh seberapa ramai yang mungkin kerana kuil berada dalam keadaan
sesak kira-kira pukul 6 hingga 7 petang.
Jurucakap kerajaan Werachon Sukhondhapatipak memberitahu pemberita
bahawa masih terlalu awal untuk mengaitkan serangan bom dengan pengganas
kerana tidak ada kumpulan yang tampil mendakwa bertanggungjawab setakat
ini."
Serangan itu tidak sepadan dengan taktik yang digunakan oleh pemberontak
pemisah di selatan Thailand, kata Ketua Tentera Diraja Thai dan
Timbalan Menteri Pertahanan Negara Udomdej Sitabutr dalam satu wawancara
di televisyen.
Kawasan itu yang berada di persimpangan trafik utama diapit oleh hotel
lima bintang dan pusat beli-belah mewah, masih dikepung pada awal Selasa
dan polis mengetatkan keselamatan, dengan beratus-ratus sekolah
ditutup.
Menjelang subuh, pakar bom polis mengambil gambar tapak letupan itu
untuk mendapatkan petunjuk, menurut seorang wartawan AFP di tempat
kejadian.
Bom itu diletupkan kira-kira pukul 6.30 petang di tengah-tengah waktu
puncak di bandar ini, dengan ledakan bola api di udara menyebabkan
penumpang dan pelancong melarikan diri dalam keadaan panik.
"Saya mendengar letupan yang sangat kuat, membuatkan seluruh bangunan
bergegar jadi saya berlari ke luar untuk melihat apa yang telah
berlaku," kata Panupan Chansing, 20, seorang pekerja hotel di berdekatan
Grand Hyatt Erawan, kepada AFP lewat Isnin.
"Saya melihat mayat-mayat di atas tanah dan saya melihat kenderaan
terbakar. Saya berasa amat sedih ia telah berlaku kepada orang-orang
Thai ... Saya takut. "
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment