Friday, August 14, 2015
Tabik Lah Sama Mukriz.....Mukhriz Kesal Ucapan Perwakilan Umno Langkawi
KUALA LUMPUR : Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir kesal
dengan seorang anggota perwakilan Umno Langkawi yang mengkritik presiden
parti, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
Beliau menyifatkan kata-kata anggota perwakilan itu sebagai 'kesat' dan tidak sepatutnya berlaku.
"Kadang-kadang cara perasaan itu diluahkan, dengan kata-kata yang agak
kesat. Yang itu saya sedikit kesal...bukan sedikit, memang rasa kesal,"
katanya selepas menyaksikan majlis pemeteraian perjanjian antara BDB
Land Sdn Bhd, Maybank dan OCBC Al-Amin di sini, Khamis.
Setakat ini, katanya tiada apa-apa aduan dibuat oleh Umno Langkawi
terhadap anggota perwakilan itu dan berharap insiden itu tidak berulang
lagi.
Anggota perwakilan Wanita Umno itu mengkritik Najib yang juga Perdana
Menteri pada mesyuarat perwakilan UMNO Langkawi minggu lepas.
Mukhriz berkata, beliau juga menerima beberapa laporan mengenai
ucapan-ucapan penangguhan di peringkat Pemuda UMNO yang boleh dianggap
keras bahasanya.
"Apa sekali pun yang mahu disampaikan, biarlah dengan cara berhemah," katanya.
Dipetik daripada sumber : BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment