Friday, August 14, 2015
Beratlah Kalau Begini....Sikit Sikit RASIS....Low Yat : Saya Bantu Kaum Bumiputera Bukan Kerana Rasis - Ismail Sabri
KANGAR : Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail
Sabri Yaakob berkata, tindakannya membantu kaum Bumiputera atau apabila
bercakap mengenai Mara (Majlis Amanah Rakyat) bukan kerana rasis.
"Kita tidak pernah menganggap menteri kaum Cina yang meminta ditambah
guru-guru di sekolah-sekolah aliran Cina atau sebagainya sebagai rasis.
Mengapa pula saya dituduh rasis apabila hendak menolong kaum Bumiputera.
"Jika mereka hendak bercakap (tuduh rasis) teruskanlah tetapi hendaklah
rasional," katanya bagi mengulas tuduhan beliau rasis kerana mahu
kompleks seperti Plaza Low Yat di ibu negara dibina khusus untuk orang
Melayu berniaga.
Beliau bercakap pada sidang media selepas majlis ramah mesra dengan
Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) seluruh Perlis di
sini, Khamis.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO itu berkata tidak adil menteri-menteri berbangsa Melayu dituduh rasis kerana membela kaum mereka.
Ismail Sabri berkata, beliau menyentuh Low Yat bukan dengan niat tidak
baik tetapi kerana ia merupakan model arked perniagaan yang berjaya
untuk dicontohi orang Melayu dan bukan untuk bersaing.
Katanya, Mara ditubuhkan bagi menjaga kepentingan orang Melayu dalam
bidang pendidikan dan ekonomi termasuk memberi pinjaman dan sebagainya
yang seharusnya difahami kaum lain.
"Sebenarnya mereka yang melabel saya rasis lebih rasis," katanya yang kecewa dengan sikap segelintir rakyat Malaysia.
Dipetik daripada sumber : BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment