Saturday, August 22, 2015

Tahap Bebal Ni... Pekeliling Larangan Dikeluarkan Jabatan Pendidikan Pulau Pinang....

Georgetown : Keseluruhan pelajar dan tenaga pengajar di Pulau Pinang dilarang untuk menyertai sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57 yang dianjurkan kerajaan negeri.

Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Osman Hussain, berkata ia susulan tema Hari Kemerdekaan ditetapkan kerajaan DAP Pulau Pinang iaitu Bersih bertentangan dengan Kerajaan Persekutuan.

"Kita tidak mahu institusi pendidikan di negeri ini dicemari, dibayangi atau dikaitkan dengan pemikiran tidak sihat yang diketengahkan pemimpin politik di negeri ini," katanya.

Larangan itu dibuat menerusi pekeliling yang dikeluarkan semalam sehingga keputusan mengenainya dimuktamadkan Kementerian Pendidikan.

Slogan Bersih digunakan penyokong pakatan pembangkang yang menuntut Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan secara bersih, selain turut dikaitkan dengan perhimpunan tunjuk perasaan, sejak 2007 lalu.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment