Saturday, August 22, 2015

Apa Kelebihan DEIG Hingga Boleh Kuasai Urus Niaga 72 GLC Negeri Selangor?

21 Ogos 2015, Kota Damansara : Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan mempersoalkan mengapa Darul Ehsan Insvestment Group (DEIG) diberikan kuasa untuk menguruskan 72 syarikat berkaitan kerajaan yang melibatkan aset Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), sedangkan DEIG hanyalah merupakan sebuah syarikat biasa yang dimiliki oleh dua penama yang tidak dikenali latar belakang mereka.
Katanya lagi, penubuhan DEIG ini turut dipertikaikan bukan sahaja oleh Adun-Adun BN, tetapi turut dipertikaikan oleh Dap dan juga Adun PKR sendiri apabila mendapati terlalu banyak ruang untuk berlakunya salah guna kuasa dan penyelewengan dalam menguruskan aset-aset MBI yang berjumlah lebih RM30 bilion itu.
“Kita sendiri kurang jelas, apakah fungsi dan kelebihan DEIG sehingga syarikat itu diberikan kuasa untuk menguruskan urusan niaga aset-aset MBI. DEIG sepatutnya hanya menjadi sebuah syarikat konsultan yang memberikan khidmat nasihat kepada MBI, dan bukannya sebuah syarikat yang menguasai aset-asert MBI.
azmin-mb-selangor-deig-darul-ehsan-investment-group-mana-duit-rakyat
“Perkara ini secara tidak langsung sebenarnya telah menimbulkan begitu banyak kecurigaan berhubung ketelusan perjalanan dan aktiviti syarikat tersebut dalam menguruskan aset MBI khususnya perkara yang melibatkan transaksi kewangan dan keputusan-keputusan yang dibuat.
“Apatah lagi, DEIG hanya tertakluk kepada undang-undang penubuhan syarikat tahun 1965 yang tidak mewajibkan syarikat itu diaudit dan membentangkan laporan kewangan dan aktiviti mereka kepada kerajaan negeri. Ini bermakna seolah-olah DEIG bebas melakukan apa saja keputusan dalam urus niaga aset MBI tanpa perlu membentangkan kepada kerajaan negeri,” jelasnya kepada UMNO-Online.
Biarpun DEIG akan ditadbir oleh lembaga pengarah yang terdiri daripada menteri besar Selangor, setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan negeri, ketua pegawai eksekutif MBI dan ketua pegawai operasi MBI , namun kata Halimaton ianya tidak menjamin tidak berlakunya sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa.
“Biarpun pentadbirannya diketuai oleh MB sendiri, namun kita tidak boleh tolak wujudnya ruang yang begitu besar untuk berlakunya salah guna kuasa dan penyelewengan memandangkan saya percaya bahawa segala kontrak atau urus niaga tidak dapat dipantau secara terus oleh DUN.
“Saya juga bersetuju dengan syor agar sebarang operasi dan aktiviti DEIG ini dihentikan dulu buat sementara waktu sehingga MB dapat membentangkan kertas putih di Dewan Undangan Negeri agar ianya lebih jelas.
“Sekiranya mereka sebelum ini beria-ria meminta Datuk Seri Najib memberi laluan kepada penyiasatan yang telus dalam isu 1MDB, kita juga mahu Azmin tidak berdolak dalik dalam memberikan penjelasan berhubung DEIGN dan janganlah menjawab ala kadar seolah-olah beliau sedang menyembunyikan sesuatu daripada Adun dan rakyat Selangor,” tegasnya.
20061488594_8ffe079e8a_z

No comments:

Post a Comment