Monday, August 24, 2015

Tangisan Hiba Penduduk Melayu Kampung Mutiara Pulau Pinang..

Amat menyedihkan apabila kediaman yang kita duduki selama ini dari sejak zaman nenek moyang lagi bakal dirobohkan oleh tuan tanah yang tidak mempunyai belas kasihan.

Malah, tindakan merobohkan ini juga tidak diambil perhatian oleh kerajaan negeri yang telah mengatakan lebih awal tidak akan mencampuri urusan ini. Adakah ini tindakan seorang pemerintah negeri yang zuhud dan mesra rakyat???


Di awal sebelum mengambil alih kuasa pemerintah, pemimpin ini pernah berjanji akan mengutamakan rakyat dan sentiasa akan menolong rakyat dikala rakyat kesusahan tanpa mengira agama dan bangsa..


Namun pada hari ini, kerajaan negeri Pulau Pinang yang diperintah oleh DAP dilihat semakin hari semakin racist apabila menghalau orang melayu keluar dari tanah negeri itu.

Walaupun tangisan air mata darah yang mengalir oleh penduduk di Kampung Mutiara Batu Feringgi, Pulau Pinang, kerajaan negeri tetap berkeras enggan membantu dan mahu penduduk di kampung itu segera dikeluarkan.

Beginilah nasib orang kaum Melayu yang diperintah oleh pemerintah DAP yang berjiwa berat sebelah terhadap kaum.

Bagaimanapun, nasib penduduk di Kampung Mutiara itu mendapat perhatian dan pembelaan oleh Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail.

Menurut Ismail, beliau telah mengadakan rundingan dengan pihak berkuasa dan pihak pemaju telah membuahkan hasil apabila mereka mempersetujui untuk menangguhkan kerja-kerja meroboh di Kampung Mutiara.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment