Thursday, August 13, 2015

Tuduhan Kitar Semula Tony Pua

Kenyataan Media oleh Arul Kanda, Presiden & Pengarah Eksekutif Kumpulan, 
1MDB Dikeluarkan pada 14 Ogos 2015

Untuk siaran segera

Tuduhan Kitar Semula Tony Pua
http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/01/arul-kandasamy-tony-pua2.jpg
Kami merujuk kepada kenyataan media YB Tony Pua hari ini.  Kami mengambil maklum bahawa YB Tony Pua sekali lagi mengkitar semula pelbagai tuduhan yang telah pun dijawab oleh 1MDB semenjak Januari 2015 melalui 48 kenyataan media yang boleh diperolehi di laman web kami.

Sebagai tambahan, Ketua Audit Negara juga telah membentangkan laporan interim yang menjawab banyak persoalan yang ditimbulkan, pada awal Julai 2015 kepada PAC (yang dianggotai oleh YB Tony Pua) dan telah memberi komitmen untuk membentangkan laporan penuh pada penghujung 2015.                

YB Tony Pua sudah tentunya sedia maklum bahawa 1MDB merupakan syarikat yang paling banyak disiasat di Malaysia.  Kami telah dan akan terus berkongsi semua maklumat yang relevan kepada pihak berkuasa yang menjalankan siasatan seperti Ketua Audit Negara, Peguam Negara, Bank Negara Malaysia, PDRM, SPRM dan PAC.  Siasatan yang bebas, teliti dan profesional ini merupakan forum yang bersesuaian untuk menentukan kebenaran tentang 1MDB.

Perbicaraan melalui media-media tertentu atau oleh ahli-ahli politik pembangkang tertentu, di luar proses wajar dan keperluan undang-undang, tidak akan memberi faedah kepada mana-mana pihak.

1MDB kini menumpukan perhatian kepada pelaksanaan pelan rasionalisasi kami, yang sedang berjalan lancar di sebalik tuduhan-tuduhan kitar semula oleh YB Tony Pua. Kami komited untuk menstabilkan syarikat, melangsaikan hutang-hutang kami dan menjalankan projek strategik untuk kepentingan negara: TRX, Bandar Malaysia dan Edra Energy Berhad.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment