Thursday, August 13, 2015

Menteri Mahu Pengguna VAPE "Berpuasa" Dua Bulan

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam hari ini menasihati pengguna rokok elektronik atau lebih dikenali sebagai 'vape' supaya berhenti menggunakan barang tersebut sehingga keputusan mengenai risikonya diumumkan dalam tempoh 2 bulan ini.

Subramaniam berkata, buat masa ini bagi pihak kementerian, mereka menganggap vape sebagai satu rokok yang telah diubah bentuk mengikut tren terkini dan kesannya masih sama seperti rokok biasa.

Oleh itu, pihaknya sedang berbincang dengan pelbagai agensi dan pihak berkaitan bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai kesan penggunaan vape dan shisha kepada kesihatan.

"Pada pandangan kementerian, kami menganggap ia sebagai satu lagi bentuk rokok tetapi caranya berbeza. Pengguna akan mendapat semua kesan seperti menghisap rokok cuma mungkin kandungan tar lebih rendah tetapi kesan nikotin adalah sama," kata Subramaniam.

Subramaniam turut menasihati pengguna vape agar tidak menjadikan penggunaan vape sebagai amalan harian seperti perokok tegar.

"jangan jadikan ia sebagai kebiasaan dan jangan jadikan ia sebagai fesyen baharu," katanya.

Subramaniam berkata, penggunaan vape ini amat merisaukan apabila penggunaannya mula mendapat perhatian pelajar sekolah, malah lebih teruk lagi mereka menjadi saintis muda dengan mencampurkan pelbagai barang terlarang untuk dijadikan perisa vape.

"Contohnya murid sekolah campur air ketum dengan Coca Cola sebelum pergi ke sekolah. Di sekolah mereka tidak berada dalam keadaan yang sesuai untuk mendapat pendidikan," katanya.

Baru-baru ini, laporan media mendedahkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengadun sendiri perisa ganja dan ketum bagi memenuhi permintaan segelintir penghisap vape.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment