Thursday, August 13, 2015

Rakaman Skandal Mahathir Dan Claire Rewcastle Akan Didedahkan Tak Lama Lagi...

Pengerusi Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao memaklumkan dirinya mempunyai rakaman suara yang membuktikan Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berjumpa dengan pemilik Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Ramesh dalam masa sama, menasihati rakyat Malaysia agar tidak terkejut dengan pendedahan rakaman suara tersebut yang membuktikan Mahathir bersekongkol dengan Clare untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Jelas Ramesh, dalam perbualan rakaman tersebut menunjukkan Mahathir telah mengarahkan pemilik Sarawak Report itu untuk memburukkan Najib.

"Jangan terkejut perjumpaan Dr Mahathir dan Clare ada recoder yang menunjukkan Mahathir arahkan untuk buruk Najib," kata Ramesh.

Ramesh berkata, beliau sendiri terkejut dan tidak menyangka bekas perdana menteri itu akan 'mengupah' media luar untuk memburukkan perdana menteri.

Katanya, ketika Mahathir menjadi perdana menteri, Mahathir sendiri menggesa rakyat Malaysia agar tidak mempercayai media luar, tetapi hari ini demi kepentingan politik peribadinya beliau sanggup 'mengupah' Clare.

"Saya nak ulang balik sewaktu Anwar dipecat bila media asing serang Malaysia, Mahathir bidas media asing kononnya Yahudi dan jangan percaya dengan berita.

".. Tetapi hari ini Mahathir upah Clare untuk hentam kerajaan Malaysia dengan menjemput Clare ke Yayasan kepimpinan Perdana dan pergi ke London berjumpa," katanya.

Ramesh yang menyentuh mengenai kenyataan Mahathir mengenai demonstrasi di zaman kepimpinan Najib tidak lagi dibenarkan menyifatkan bekas perdana menteri itu sebagai seorang yang sudah 'nyanyok'.

Katanya, Najib tidak menghalang rakyat di negara ini untuk menyertai demonstrasi jalanan, tidak seperti zaman kepimpinan Mahathir dimana Mahathir telah mengarahkan pihak berkuasa menggunakan keganasan terhadap peserta demonstrasi.

"Pada 1998, peserta demonstrasi diterajang macam binatang termasuk saya ketika itu yang menyokong reformasi Anwar.

"Itu semua atas arahan Mahathir tetapi zaman Najib tidak ada seorang pun peserta perhimpunan BERSIH kena belasah macam binatang," katanya.

Ramesh berkata, Mahathir tidak boleh mendesak Najib untuk berundur demi kepentingan politik peribadinya, apa yang perlu dilakukan beri peluang kepada Najib untuk mentadbir negara sehingga tempoh yang diberikan tamat.

Tegas Ramesh, Mahathir tidak mempunyai hak untuk mendesak Najib berundur kerana Najib dilantik menjadi perdana menteri melalui sistem demokrasi dan diperkenan Agong.

"Sekarang Mahathir pula menghasut mahu gulingkan Najib dengan demo. Ini tidak boleh.

"Jangan nak menghasut buat demonstrasi jalanan, kenapa nak melawan kuasa Agong, Najib dilantik dengan perkenan Agong bukan dia. Mahathir ni bodoh ke?" katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment