Thursday, August 13, 2015

Mahathir Kuat Mengigau Dan Nyanyuk Teruk.. - SH Alattas

Penulis politik veteran, Syed Hussein Alattas hari ini memaklumkan akan melancarkan sebuah buku berjudul 'Dosa-dosa Mahathir' yang berkisar kejahatan yang dilakukan oleh bekas perdana menteri 22 tahun itu.

Syed berkata, beliau akan mengumpul semua maklumat mengenai kejadian yang berlaku sepanjang Mahathir menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

Jelasnya, beliau membesar zaman Mahathir menjadi perdana menteri dan beliau mengetahui segala kegagalan yang dilakukan oleh Mahathir.

"Ini saya punya kerja. Kita ini penulis, kita dokumenkan apa yang berlaku. Mahathir ini dia jadi perdana menteri selama 22 tahun dan dia gagal," kata Syed di kediamannya di Janda Baik Pahang hari ini.

Beliau yang menyentuh mengenai pelbagai kritikan dan desakan Mahathir terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengatakan, bekas perdana menteri itu syok sendiri dan mengalami masalah 'nyanyuk' ekoran umurnya yang semakin lanjut.

"Tiba-tiba sekarang ini dia mengigau. Dah nyanyuk kot," katanya.

Syed yang ditanya adakah buku itu sebagai tanda sokongan kepada perdana menteri berkata, beliau tiada kaitan dengan Najib dan buku itu mahu diterbitkan bagi merekodkan segala yang terjadi sepanjang Mahathir menjadi perdana menteri selama 22 tahun. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment