Thursday, August 20, 2015
Sudah-Sudahlah Tun.... "Hanya Singkir Najib, BN Perlu Kekal" - Tun M
Ini semuanya beri kelebihan kepada pembangkang...kenapa sanggup buat semua ini
PETALING JAYA : Tun Dr Mahathir Mohamad terus memberi tekanan supaya
Datuk Seri Najib Tun Razak disingkirkan daripada kedudukannya sebagai
Perdana Menteri.
Kali ini bekas Perdana Menteri itu memberi formula kepada pembangkang
sekiranya mereka mahu melihat usaha menjatuhkan Najib menjadi kenyataan
menerusi undi tidak percaya di Parlimen.
Bagaimanapun tegas Dr Mahathir, formula berkenaan hanya akan berhasil
jika ia tidak menggugat penguasaan Barisan Nasional (BN) di peringkat
Persekutuan.
"Jika pembangkang benar-benar berminat untuk menyingkirkan Najib, mereka
hanya boleh berbuat demikian sekiranya dapat pastikan hanya Najib yang
pergi, namun kerajaan BN terus kekal dan dipimpin pemimpin lain.
"Pembangkang perlu mencari formula yang bakal menyaksikan BN tanpa Najib
namun masih membentuk kerajaan jika mereka mahu mendapat sokongan Ahli
Parlimen BN," katanya menerusi posting terbaharu di blog chedet.cc pada
Khamis.
Tambah Dr Mahathir, beliau yakin terdapat sebilangan Ahli Parlimen
daripada Umno yang mahu melihat Najib digugurkan daripada kerajaan.
"Mereka tidak percaya penjelasan yang tak masuk akal mengenai kehilangan
wang 1MDB atau RM2.6 bilion yang terdapat dalam akaun peribadi Najib.
"Ahli Parlimen ini boleh mengundi bersama-sama pembangkang dalam undi tidak percaya," katanya.
Kata Dr Mahathir lagi, undi tidak percaya terhadap Najib diperlukan pada
masa ini kerana beliau membuatkan Ahli Parlimeb BN terhutang budi
padanya dengan jawatan mewah dalam kerajaan.
"Mereka yang datang kepada saya mengadu tentang pentadbiran Najib
sebelum ini telah berubah pendirian apabila diberi jawatan dalam
kerajaannya.
"Salah seorang daripada mereka yang mendakwa mempunyai bukti dalam
bentuk dokumen mengenai salah laku Najib, kini dengan senang hati
menyokong beliau setelah diberi jawatan sebagai menteri," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment