Thursday, August 20, 2015
Najib Sahkan Malaysia Tidak Tambat Ringgit
PUTRAJAYA : Kerajaan tidak akan melaksanakan kawalan modal atau
menambat ringgit kepada dolar Amerika Syarikat (AS), kata Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Walaupun kerajaan melihat paras semasa ringgit tidak menggambarkan asas
negara sebenar, namun kerajaan menyedari mengenai penyepaduan ekonomi
Malaysia dan ekonomi global, katanya.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, Malaysia menjadi semakin
bersepadu dengan pasaran kewangan global berdasarkan keterbukaan pasaran
dagangan dan kewangannya.
Berikutan ekonomi dan pasaran kewangan global kini melalui penyelarasan,
ia akan memberi implikasi atas pasaran kewangan domestik dan kadar
tukaran mata wang.
"Oleh itu, fleksibiliti kadar tukaran mata wang kita sangat penting untuk menyerap pelarasan dan turun naik global ini.
"Atas sebab itu, kerajaan Malaysia tidak akan mengambil langkah menambat
ringgit atau pun melaksana kawalan modal," katanya pada sidang media di
sini, Khamis.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment