Monday, August 03, 2015
Ahli Parlimen PAS Kena Pulau Sebab Sertai GHB
PAS Kuala Terengganu tidak lagi menggabungkan diri, bekerjasama, memberi
apa-apa jua bantuan atau kemudahan kepada Ahli Parlimen Kuala
Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah.
Demikian antara kandungan surat yang dikeluarkan oleh Setiausaha PAS
Kawasan Kuala Terengganu, Mohd Soud Mat Ali, hari ini kepada semua ahli
PAS kawasan itu berhubung pendirian PAS kawasan terhadap Raja Kamarul
Baharin.
Berikut adalah kandungan surat berkenaan.
Sebagaimana yang dimaklumi bahawa YBM Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah
(Ahli Parlimen Kuala Terengganu) telah diisytiharkan secara rasmi
sebagai Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) negeri Terengganu
sepertimana yang telah diumumkan dalam himpunan GHB pada 31.7.2015 di
Jerteh Besut dan beliau telah memperakui menerimanya.
Sehubungan dengan itu PAS Kawasan Kuala Terengganu yang bermesyuarat
pada 1.8.2015 berpegang kepada perkeliling isu GHB yang dikeluarkan oleh
PAS Pusat bertarikh 29.7.2015 rujukan: PAS/PA/2.01/15-17(8) antaranya
tidak lagi menggabungkan diri, bekerjasama, memberi apa-apa jua bantuan
atau kemudahan kepada YBM Ahli Parlimen Kuala Terengganu.
Kerjasama dan perhatian dalam mematuhi arahan ini amatlah diharapkan.
Sementara itu, Yang Dipertua PAS kawasan, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah
ketika dihubungi memberitahu mesyuarat tersebut diadakan di markas
tarbiah PAS kawasan, Kuala Ibai jam 9.30 malam tadi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment