Monday, August 03, 2015
Dyana Sofya Kata Malaysia Menuju Kehancuran
Dua aktivis anak muda Syukri Razab dan Adam Adli ditahan petang tadi
oleh pihak polis di bawah Akta Hasutan. Penahanan itu berhubung dengan
perhimpunan yang dijangka berlangsung pada esok, 1 Ogos 2015, pada 2
petang di hadapan Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
DAPSY dengan ini menyuarakan sebulat suara sokongan kepada kedua-dua
anak muda ini dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan penahanan Syukri
Razab dan Adam Adli tersebut.
Kedua-dua mereka telah hadir di ibu pejabat polis di Dang Wangi dengan
sukarela untuk mengadakan perbincangan dengan pihak polis mengenai
perhimpunan esok dan ditahan sebaik sahaja ingin meninggalkan
perkarangan ibu pejabat polis tersebut.
Penahanan kedua-dua aktivis ini menunjukkan kepincangan kerajaan Barisan
Nasional dan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
yang tidak boleh menerima sebarang suara bantahan walau telah dikritik
hebat oleh mantan pemimpin negara, media dan masyarakat antarabangsa dan
rakyat Malaysia sendiri.
Penahanan ini adalah suatu bentuk ancaman kepada aktivis dan ahli
politik berkaitan dengan perhimpunan esok dan juga
perhimpunan-perhimpunan yang akan datang.
Adakah perhimpunan aman sebegini ataupun pemimpin rasuah yang menjejaskan keselamatan negara?
DAPSY menyeru supaya pihak berkuasa dan juga pihak kerajaan untuk
menghormati hak untuk berhimpun dan menyuarakan pendapat milik semua
rakyat Malaysia. DAPSY juga menyeru supaya pihak berkuasa tidak
bersekongkol dengan pemimpin yang rasuah dan ditolak oleh majoriti
rakyat Malaysia.
Rakyat Malaysia juga diseru menggunakan pelbagai platform untuk
bersama-sama berdiri teguh, menyuarakan sokongan kepada usaha
menyampaikan suara bantahan kepada pihak kerajaan demi menyelamatkan
negara Malaysia dari menuju kehancuran. – Roketkini.
*Kenyataan media Dyana Sofya,AJK DAPSY KEBANGSAAN berkenaan
penahanan dua aktivis muda Syukri Razab dan Adam Adli pada Jumaat, 31
Julai 2015.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment